CONTOH READING ROOM BAGI PEMANTAUAN PERTAMA

Tahniah! kelas-kelas berikut  telah mempamerkan kerjasama yang mantap dalam mewujudkan sudut reading room masing-masing…tingkatkan penggunaannya. anda boleh mengunjungi sudut reading room anda semasa:-

  • waktu senggang
  • waktu relief
  • apabila tamat persekolahan
  • semasa tugasan yang diberikan oleh guru selesai

20130704_080145

20130704_080755

20130704_081033

20130704_082214

20130704_082127

Advertisements

GERAK GEMPUR READING ROOM

PERTANDINGAN READING ROOM

Semua AJK Reading Room diwajibkan untuk memastikan Reading Room kelas masing-masing dibersihkan, dikemaskini dan diceriakan bagi menyertai pertandingan Reading Room yang akan dijalankan sepanjang bulan Julai, Ogos dan September.

Pemarkahan pertandingan ini akan dijalankan berterusan bersama-sama pemantauan Pertandingan Keceriaan Kelas. Hadiah akan diberikan mengikut tema. Hadiah diberikan kepada AJK Reading Room yang berjaya menghasilkan sudut Reading Room terbaik bagi kategori menengah rendah dan menengah atas.

JULAI         

    

    

TEMA – BUNGA

Sudut   Reading Room dihias menggunakan tema bunga dan sudut Info Bestari juga   memaparkan maklumat berkaitan bunga. Tema Bunga seiring dengan nama kelas   masing-masing. Bagi kelas Ting. 3, 4 dan 5, tema bunga kelas masing-masing   adalah seperti berikut:

Amal –   Rose

Bakti –   Tulip

Cekal –   Lily

Dedikasi   – Daisy

Ehsan –   Orchid

Fitrah –   Jasmine

OGOS – SEPT

TEMA –   SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Hiaskan   Reading Room dan penuhkan maklumat berkaitan kemerdekaan Malaysia dan   penubuhan Malaysia di sudut Info Bestari kelas bagi menyemarakkan sambutan   Kemerdekaan Malaysia dan sambutan Hari Malaysia.

Hanya Reading Room yang mencapai tahap baik sepanjang Julai, Ogos dan September dapat melayakkan AJK Reading Room menerima sijil penghargaan sempena Hari Anugerah Sri Bitara.

**SIAPKAN SUDUT READING ROOM PADA 27 JUN 2013 (KHAMIS)

**PEMANTAUAN AKAN DILAKUKAN SEPANJANG JULAI, OGOS DAN SEPETEMBER

# READING ROOM YANG TIDAK MENCAPAI TAHAP YANG MEMUASKAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN.

LIGA REMAJA KREATIF

Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013

Pengenalan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 2– 5 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Tema

Tema bagi pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 adalah “KLIK DENGAN BIJAK”.

Objektif Pertandingan

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

  1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan;
  2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan; dan
  3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.
Durasi Penyertaan
            : 2 – 5 minit
Tarikh Mula Penyertaan
            : 29 April 2013
Tarikh Tutup Penyertaan
            : 21 Jun 2013

 Syarat Penyertaan

    A. Maklumat Pengenalan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
  2. Pertandingan ini dibuka dari 29 April 2013 hingga 21 Jun 2013.
  3. Tema bagi produksi adalah KLIK DENGAN BIJAK dan mestilah berbahasa Malaysia.
    B. Kelayakan Pertandingan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif ini terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.
    C. Terma dan syarat pertandingan
  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar dari sekolah yang sama.
  2. Setiap kumpulan hendaklah mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga dan pihak sekolah untuk menyertai pertandingan ini.
  3. Ketua kumpulan dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://lrk.skmm.gov.my
  4. Penyertaan hendaklah di antara 2-5 minit.
  5. Video penyertaan hendaklan dimuat naik melalui pautan yang disediakan di borang penyertaan.
  6. Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  7. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  8. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festival filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  9. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  10. Penyertaan adalah percuma.
  11. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif kepada pihak sekolah.
  12. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  13. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  14. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  15. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  16. Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  17. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  18. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  19. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
  20. Pihak sekretariat berhak mendapatkan salinan asal video penyertaan untuk tujuan penyiaran.
  21. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Tajuk Produksi, Nama Pelajar dan Nama Sekolah di awal video. (Sila lihat contoh di bawah)

Contoh:

Liga Remaja Kreatif 2013

“Tajuk Produksi”

“Nama Pelajar”

“Nama Sekolah”

Liga Remaja Kreatif 2013“Pengguna Internet Berhemah”

“Ahmad, Fathin, Muthu, Fiona”

“SMK Cyberjaya, Selangor”

Hadiah

Peringkat Negeri
Hadiah tempat pertama
            : RM5,000 beserta kamera digital, trofi dan sijil penyertaan
Hadiah tempat kedua
            : RM3,000 beserta kamera digital, trofi dan sijil penyertaan
Hadiah tempat ketiga
            : RM2,000 beserta kamera digital, trofi dan sijil penyertaan
Hadiah saguhati
            : RM500 x 7 dan sijil penyertaan
Peringkat Kebangsaan
Hadiah tempat pertama
          : RM10,000 berserta iPad dan trofi
Hadiah tempat kedua
            : RM7,500 berserta iPhone dan trofi
Hadiah tempat ketiga
            : RM5,000 berserta iPhone dan trofi

Pertanyaan

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi

SEKRETARIAT PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2013 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA PRIMA AVENUE 1 BLOK 3507, JALAN TEKNOKRAT 5 63000 CYBERJAYA
No Telefon
            : 03 8688 8328 / 03 8688 8475
No Faks
            : 03 8688 8469
Emel
            : ligaremajakreatif@cmc.gov.my
Web
            : http://lrk.skmm.gov.my

HARI GURU 2013

Lagu ini ditujukan khas kepada guru-guru yang telah mendidik kami bermula dari hari pertama kami melangkah ke alam persekolahan. Sesungguhnya jasa guru sangat besar dan tak mungkin kami dapat membalasnya walaupun diberi wang berjuta. Bermula dengan A, B, C ..1,2,3 dan mengenal warna, guru telah membawa kami meneroka amal dunia yang jauh lebih luas dari yang kami sangka..sanggup bersabar dengan karenah kami, sangat memahami, menjadi ibu da bapa di saat kami perlu, menjadi sahabat dan rakan sebagai teman…jasa guru tidak ternilai dan tidak dapat diucap dengan kata-kata …hanya terima kasih dapat kami titipkan ..semoga semua insan yang bergelar guru akan diberi kebahagian, kemakmuran,  kesenangan  dan kecemerlangan seperti mana harapan yag cikgu berikan kepada kami.. hanya tuhan yang mampu membalasnya…


MAKLUMAT YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG HARI GURU

SEJARAH HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
LOGO HARI GURU
Putih – Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak – Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning – Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. Merah – Menunjukkan keteguhan semangat. Biru – Menunjukkan perpaduan muhibah.
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan “HIDUP BERBAKTI”. Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara
Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
TEMA HARI GURU DARI 1972 HINGGA TAHUN INI 2013
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2013 Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda
ADAB MURID DENGAN GURU
  1. terlebih dahulu memberi salam apabila bertemu guru
  2. Berdiri menghormati guru ketika dia datang dan pergi
  3. Bersopan santun di hadapan guru dalam percakapan dan ketika bertanya soalan.
  4. Jangan menyangkal pendapat atau membandingkan pendapat guru dengan orang lain di hadapan guru.
  5. Hendaklah duduk dengan tertib dan tenang serta memberi tumpuan ketika guru mengajar.
  6. Jangan bercakap, berbisik, berpaling ke kiri atau ke kanan, atau mengisyaratkan sesuatu ketika guru sedang mengajar.
  7. Jangan melakukan perkara yang tidak disukai atau boleh mengecilkan hati guru.
  8. Sentiasa berbaik sangka dengan guru.
  9. Merendah diri dan jangan berasa lebih hebat daripada guru.
  10. Muliakan guru, kenang jasa mereka selamanya.

 

MINGGU LITERASI 2013 & HARI BUKU SEDUNIA

1.0   PENGENALAN

 Literasi Maklumat adalah satu kemahiran menentukan bila maklumat tertentu diperlukan, kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format dan menggunakan maklumat tersebut dengan berkesan. Kemahiran mencari maklumat perlu didedahkan dalam kalangan guru dan pelajar supaya sekolah selaku organisasi pembelajaran dapat melahirkan golongan yang bersifat  ‘information literate’ dan mempunyai kemahiran belajar alaf 21. Stigma penerokaan maklumat  yang membosankan perlu diubah kepada kaedah mencari ilmu yang menyeronokkan.

20121022_101103

2.0   RASIONAL

Kekangan waktu dan pembelajaran berorietasikan peperiksaan menyebabkan tahap pengetahuan murid-murid  agak terhad. Pengetahuan murid-murid  hanyalah berkisar pembelajaran dalam kelas dan pembacaan buku teks. Pengetahuan murid-murid perlu diperkembangkan selaras dengan kepentingan proses ledakan maklumat dunia. Kemahiran mencari dan mengurus maklumat perlu diberi kepada para pelajar supaya pembelajaran yang diperoleh bersifat sepanjang hayat. Untuk menggalakkan proses penerokaan ilmu, kaedah pencarian maklumat diaplikasikan dalam bentu permainan  dan aktiviti yang menyeronokkan supaya lebih dekat dengan pelajar.

3.0   OUTCOME KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Malahirkan modal insan  yang cemerlang dan mempunyai kebolehpasaran kerja.

4.0   MATLAMAT

Membudayakan amalan Literasi Maklumat dalam kalangan warga Convent20130415_104318

5.0   OBJEKTIF

5.1    Peningkatan pengetahuan warga Convent tentang konsep Literasi Maklumat.

5.2    Menyedia warga Convent kepada masyarakat berliterasi maklumat sebagai wadah pembelajaran sepanjang hayat.

5.3    Memberi pendidikan Literasi Maklumat secara formal.

5.4    Menggunakan Literasi Maklumat untuk meningkatkan pencapaian akademik dan belajar dengan berkesan .20130423_102812

5.5    Meningkatkan penglibatan komuniti dalam proses mencari maklumat

20130421_093343

6.0  PELAKSANAAN

Tempat                  : PSS, Perkarangan Sekolah.

Aktiviti                   :

BIL

AKTIVITI

TARIKH

TINDAKAN

1 Pelanggan Bertuah20130401_103110 14-15/4/2013 Pengawas PSS
2 Sambutan Hari Buku Sedunia

  •   Peminjam bertuah
  •   PSS idaman- cafe NILAM
  •   Reading Olimpus Pusingan 2
  •   Hari Pengampunan Buku
23/4/2013

20130117_123928

GPM
3 Agen 1 bulan 1 buku

20130422_104400

14-15/4/201321-22/4/2013 Pengawas PSS
4 Hari pengampunan Buku 14- 25/4/2013 Pengawas PSS
5 Teka bilangan buku20130422_104843 21-22/4/2013 Pengawas PSS
6 Teka mukasurat buku 21-22/4/2013 Pengawas PSS
7 Pendidikan   pengguna 23/4/2013 GPM/ PPANK
8 Semarak    Maklumat – Teknik PQRST 14-15/4/201321-22/4/2013 GPM
9 Kempen   Penebusan Kupon

20130424_104040

24/4/2013 GPM/ pengawas PSS
10 Pertandingan   Ulasan Buku

20130103_080655

25/4/2013 Pn. Norzawati
12 Reading   Olimpus ; Kuiz  atas  talian 14-15/4/201321-22/4/2013 GPM/ pengawas PSS

HARI BUKU SEDUNIA

TAHUKAH ANDA ?

TARIKH 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995.

Ia sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose.196116_504802812884324_72459845_n

Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan ‘el dia del llibre’ atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena kematian Miguel de Cervantes dan William Shakespeare serta beberapa penulis lain, iaitu pada 23 April 1616. Sejak dari tahun 1923 itulah, para wanita yang menerima hadiah mawar dari kekasih mereka, kemudiannya akan menghadiahkan buku sebagai hadiah ganti di atas pemberian mawar itu. Juga telah dikatakan pada tahun itu sahaja sebanyak 400,000 buah buku telah terjual yang menjadi hadiah balasan kepada 4 juta mawar!

Tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa sambutan hari buku ini juga untuk meraikan kesinambungan ilmu yang telah ditinggalkan oleh para penulis, yang bukan sahaja  meninggal pada tarikh tersebut, malah kepada semua penulis atau ‘guru’ yang telah mengabadikan ilmu mereka ke dalam bentuk tulisan.536345_489889594375646_1716442520_n

MENGAPA BUKU DIKATAKAN TEMAN SETIA

Kita merasakan bahawa buku  bernyawa apabila kita berada dalam keadaan kritikal;  saat menjelang peperiksaan, memerlukan maklumat tertentu dengan kadar segera, membantu kemajuan kerjaya dan segala macam keperluan lagi.  Begitulah layanan kita terhadap buku.

Sesuatu yang pasti, buku tetap memberi pengaruh besar kepada kehidupan kita. Cendekiawan Arab dahulu kala pernah mengatakan bahawa buku merupakan teman setia yang terbaik.  Buku  tidak pernah mengecewakan kita. Walau bagaimanapun layanan kita terhadapnya, buku  tetap di situ dan bersedia untuk berkhidmat kepada kita.MEMBACA 1

Seorang teman yang akrab sekalipun mungkin saja memutuskan persahabatan, seorang teman hidup yang sekian lama bersama mungkin saja memutuskan ikatan,  seorang kerabat yang sekian lama bersaudara mungkin saja memutuskan pertalian.  Sesungguhnya dengan manusia kita sering kecewa dan kehidupan kita sendiri sukar diramal,  lalu kekecewaan itu dikembalikan kepada buku.  Buku  seolah-olah mengerti; bersedia memberi harapan, membangkitkan kembali semangat kita yang kadang-kadang hilang. Buku akan tetap setia  kerana Islam sendiri mengakuinya sebagai pantulan “IQRA”.  Bacalah untuk menerangi hidup anda, membunuh kejahilan anda, bahkan untuk menguasai dunia dan akhirat. Rasanya tidak ada lagi “alat” yang tarikannya sebagai “penghidup”, “penyaksi”, dan “perakam” kepada kelangsungan peradaban manusia melainkan buku. Kerana itulah, buku rasanya layak menjadi “teman yang setia” kerana keunikannya, keunggulannya, kesetiaannya, keasyikannya, dan daya pikatnya yang luar biasa.

MINGGU NILAM 2013

TARIKH : 3 FEBRUARI – 7 FEBRUARI 2013

AKTIVITI

Bil

Tarikh

Masa/tempat

Aktiviti

1  (Ahad)3/2/2013 7.30-8.10Dataran Karisma Pelancaran Program NilamPerlantikan Rakan Pembaca
2 3/2/2013 10.30 – 10.50 pg Taklimat  Rakan Pembaca.( sasaran : rakan pembaca)
3 3/2/2013 (Ahad) Waktu perhimpunan Edaran Canang
4 3-6/2/2013 Waktu rehat Kuiz Terowong Masa
5 3-6/2/2013 Waktu rehat Permainan NILAM
6 15/1, 22/129/1, 5/2 Waktu Koko2.50 – 3.30 ptg Tunas NILAM
7 3-6/2/2013 Waktu persekolahan Kempen Memiliki dan Merekod  Buku Program Nilam
8 4/2- 6/2/2013 Waktu Rehat Hari Bertemu Pelanggan( semakan data NILAM/   aduan masalah)

  • Jualan Buku NILAM
  •  Cenderamata
9 5-6/2/2013 Waktu persekolahan Cabutan Bertuah
10 5/2/2013 Waktu Aktiviti bersama PPANK
11 10/1/ 2013 Waktu NILAM Taklimat sahabat PSS
12 4-5/2/2013 Waktu persekolahan Gerak gempur sudut Reading Room
13 7/2/2013 Waktu NILAM Bacaan AlMathurat Perdana (Islam)READ (Bukan Islam)
14 7/2/2013 1.30 – 2.00 ptg Promosi JOM BACA sempena Mesyuarat Agung PIBG
15 3/2- 6/2/2013 Waktu Rehat Kempen memiliki kad PSS
16 3/2/2013 Waktu persekolahan Pembukaan Sudut NILAM Guru
20130130_114904
TUNAS NILAM
PENANDA BUKU BUAT GURU
PENANDA BUKU BUAT GURU
PROGRAM DRIP A BOOK - 1 GURU 1 BUKU
PROGRAM DROP A BOOK – 1 GURU 1 BUKU
KUIZ PADA WAKTU REHAT
KUIZ PADA WAKTU REHAT
HADIAH PENGUMPULAN BUKU READING ROOM TERBANYAK
HADIAH PENGUMPULAN BUKU READING ROOM TERBANYAK
PERSEDIAAN GERAI UNTUK HARI BERTEMU PELANGGAN
PERSEDIAAN GERAI UNTUK HARI BERTEMU PELANGGAN
JUALAN CENDERAHATI PADA WAKTU REHAT
JUALAN CENDERAHATI PADA WAKTU REHAT
BACAAN AL-MATHURAT PERDANA
BACAAN AL-MATHURAT PERDANA
KAMI DISERBU - AKTIVITI HARI BERTEMU PELANGGAN PADA WAKTU REHAT
KAMI DISERBU – AKTIVITI HARI BERTEMU PELANGGAN PADA WAKTU REHAT
CABUTAN BERTUAH
CABUTAN BERTUAH
SUDUT NILAM UNTUK GURU
SUDUT NILAM UNTUK GURU
AKTIVITI UJI MINDA PADA WAKTU REHAT
AKTIVITI UJI MINDA PADA WAKTU REHAT
TEKA BILANGAN BUKU
TEKA BILANGAN BUKU
PAMERAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI
PAMERAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI
PAMERAN BUKU PTS DAN JUALAN MAJALAH
PAMERAN BUKU PTS DAN JUALAN MAJALAH
TERUJA MEMBACA MENGGUNAKAN E- BOOK
TERUJA MEMBACA MENGGUNAKAN E- BOOK
SOKONGAN GURU-GURU MENJAYAKAN PROGRAM SANGAT DIHARGAI
SOKONGAN GURU-GURU MENJAYAKAN PROGRAM SANGAT DIHARGAI
KEMPEN KEAHLIAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI
KEMPEN KEAHLIAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI
TAKLIMAT RAKAN PEMBACA
TAKLIMAT RAKAN PEMBACA