PERATURAN

PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
Disiplin
  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki PSS.
  2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
  3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam PSS.
  4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
  5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
  6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
  7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
  8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
  9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar PSS di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Pusat Sumber.

  1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
  2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari PSS.
  3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian

  1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam PSS.
  2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke PSS.

Peraturan Penggunaan PSS untuk Guru

  1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber .
  2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
  3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
  4. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
  5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.

PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN

KEAHLIAN

  1. Semua pelajar  dan kakitangan SMK  Convent  layak menjadi ahli Pusat Sumber Sekolah.
  2. Semua      pengguna yang ingin menjadi ahli perlulah memiliki kad PSS dan mendaftar   di PSS.
  3. Kehilangan atau kerosakan kad  hendaklah diberitahu segera. Kad yang baru    diganti atau diterima perlu didaftar semula.
  4. Pelajar hanya   dibenarkan meminjam 2 buah buku sahaja dan 4 buah buku bagi guru. Meninjam kad  pengguna lain adalah satu kesalahan besar dan tindakan disiplin akan diambil .

PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN

  1. Mengikut   jadual waktu penggunaan PSS.

TEMPOH PINJAMAN

  1. Buku bertanda merah – buku rujukan . Dibenarkan pinjam selama sehari.
  2. Buku bertanda      biru dan kuning- buku bukan fiksyen dan fiksyen. Dibenarkan dipinjam      selama 7 hari termasuk hari cuti am.
  3. Buku bertanda hijau – Dibenarkan dipinjam selama 2 hari.
  4. Majalah/keratan akhbar/bank soalan –   rujukan dalam PSS sahaja dan tidak boleh dibawa keluar .

PERATURAN PINJAMAN

  1. Smartcard tidak boleh dipindah hak milik.
  2. Tanggungjawab pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, pelajar      wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.
  3. Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam      keadaan senyap.
  4. Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari tarikh pulang. Jika      lewat, tindakan akan diambil.
  5. Kertas soalan tahun lepas/ bank soalan/ keratan akhbar tidak boleh      diconteng. Jika didapati pelajar menconteng atau menghilangkanya, pelajar wajib membayar harga photostat untuk setiap mukasurat.
  6. Sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, kad pelajar akan ditahan.
  7. Pelajar akan didenda sebanyak RM 0.20 sehari ( tidak termasuk hari   cuti) jika lewat memulangkan bahan yang dipinjam.
  8. Kad pelajar akan ditahan sehinggalah denda diselesaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s