HARI GURU 2013

Lagu ini ditujukan khas kepada guru-guru yang telah mendidik kami bermula dari hari pertama kami melangkah ke alam persekolahan. Sesungguhnya jasa guru sangat besar dan tak mungkin kami dapat membalasnya walaupun diberi wang berjuta. Bermula dengan A, B, C ..1,2,3 dan mengenal warna, guru telah membawa kami meneroka amal dunia yang jauh lebih luas dari yang kami sangka..sanggup bersabar dengan karenah kami, sangat memahami, menjadi ibu da bapa di saat kami perlu, menjadi sahabat dan rakan sebagai teman…jasa guru tidak ternilai dan tidak dapat diucap dengan kata-kata …hanya terima kasih dapat kami titipkan ..semoga semua insan yang bergelar guru akan diberi kebahagian, kemakmuran,  kesenangan  dan kecemerlangan seperti mana harapan yag cikgu berikan kepada kami.. hanya tuhan yang mampu membalasnya…


MAKLUMAT YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG HARI GURU

SEJARAH HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
LOGO HARI GURU
Putih – Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak – Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning – Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. Merah – Menunjukkan keteguhan semangat. Biru – Menunjukkan perpaduan muhibah.
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan “HIDUP BERBAKTI”. Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara
Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
TEMA HARI GURU DARI 1972 HINGGA TAHUN INI 2013
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2013 Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda
ADAB MURID DENGAN GURU
  1. terlebih dahulu memberi salam apabila bertemu guru
  2. Berdiri menghormati guru ketika dia datang dan pergi
  3. Bersopan santun di hadapan guru dalam percakapan dan ketika bertanya soalan.
  4. Jangan menyangkal pendapat atau membandingkan pendapat guru dengan orang lain di hadapan guru.
  5. Hendaklah duduk dengan tertib dan tenang serta memberi tumpuan ketika guru mengajar.
  6. Jangan bercakap, berbisik, berpaling ke kiri atau ke kanan, atau mengisyaratkan sesuatu ketika guru sedang mengajar.
  7. Jangan melakukan perkara yang tidak disukai atau boleh mengecilkan hati guru.
  8. Sentiasa berbaik sangka dengan guru.
  9. Merendah diri dan jangan berasa lebih hebat daripada guru.
  10. Muliakan guru, kenang jasa mereka selamanya.

 

Advertisements

One thought on “HARI GURU 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s