TEKNIK BELAJAR : PENGURUSAN MASA

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.

Penyusunan jadual waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;

  1. Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
  2. Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
  3. Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
  4. Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
  5. Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
  6. Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
  7. Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
  8. Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
  9. Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
  10. Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.

Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.

  • Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk aktiviti setahun)
  • Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu )
  • Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti setiap hari )

Menyediakan jadual waktu tahunan.

Antara bahan utama yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual waktu tahunan ialah takwim sekolah. Mintalah bantuan dari guru kanan sekolah, guru penasihat sekolah untuk mendapatkan takwim tahunan sekolah anda.

Tujuan menyediakan jadual waktu tahunan ialah untuk;

  • Menyedari dan mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani      sepanjang tahun. Ia boleh dijadikan untuk menentukan bila ada sukan ,      ujian, peperiksaan dan sebagainya. Bila aktiviti ini dapat ditentukan maka      boleh anda membuat persediaan lebih awal.
  • Memperingati diri anda tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu      dihadapi dan dilakukan sepanjang tahun.

Persediaan membuat perancangan dan tindakan tahunan anda.

Cara menyediakan jadual waktu mingguan dan harian.

Bagi tujuan menyediakan jadual ini senaraikan aktiviti yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu mingguan. Aktiviti tersebut mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Aktiviti itu termasuklah;

  • Senaraikan mata pelajaran sekolah yang anda akan pelajari untuk      menghadapi peperiksaan.
  • Aktiviti ko-kurikulum yang akan anda jalani.
  • Aktiviti persendirian anda seperti beribadat, berehat, menolong      keluarga dan sebagainya.

Dalam masa anda merancang untuk menyediakan jadual waktu mingguan dan harian ini adalah dicadangkan agar anda mengambil kira, iaitu;

  • Aktiviti yang dirancang untuk dilakukan sebelah petang mestilah      mempunyai kaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan untuk hari esok, iaitu      seperti menyelesaikan kerja rumah, menyemak nota yang baru diterima      daripada pengajaran hari itu dan sebagainya.
  • Aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk  hari esok, seperti membuat persedian awal, mengulang kaji pelajaran lepas   dan sebagainya.

Tujuannya;

  • Membuat bacaan atau persediaan awal tentang tajuk yang akan  dipelajari esok pagi
  • Memahami cara kerja amali yang akan dilakukan.
  • Memahami pengajaran pada hari itu.
  • Menyelesaikan kerja rumah dan sebagainya.
  • Hari Sabtu dan Ahad (hujung minggu)
  • Masa untuk buat ulangkaji pelajaran yang telah dipelajari tahun      lepas, semester lepas, minggu lepas, atau membuat latihan menjawab soalan      peperiksaan lepas.

Manfaatkan masa lapang

Terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi  boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Masa yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa. Antaranya ialah;

  1. Semasa menunggu kenderaan.
  2. Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
  3. Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
  4. Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
  5. Masa rehat yang berlebihan
  6. Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
  7. Masa antara kuliah.
  8. Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.
  9. Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru.
  10. Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihat gambarajah dan sebagainya.
  11. Membaca nota kecil yang mudah dibawa.
  12. Berbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
  13. Membaca atau menyemak nota yang baru diterima.
  14. Sesuai untuk berbincang mengenai persatuan yang anda sertai.
  15. Tindakan selanjutnya.
  16. Menentukan jumlah masa dan menyediakan jadual ini merupakan perkara yang mudah dan bagi semua pelajar. Namun
  17. apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya dan inilah perkara yang paling besar rumit dihadapi oleh pelajar.

Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi ialah:

  • Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya.
  • Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
  • Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
  • Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban.
  • Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan      masa dengan baik.
  • Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal      membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari.
  • Elakkan suka bertangguh.
  • Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda      belajar ke sekolah

JANGAN MENJADIKAN MASA PERSEKOLAHAN ANDA SUATU YANG SIA-SIA…DI SINILAH KEHIDUPAN ANDA BERMULA UNTUK MENENTUKAN PERJALANAN ANDA SETERUSNYA….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s