TAHNIAH! NAIB JOHAN TANDAS BERSIH KEBANGSAAN

Segala penat lelah warga SMK Convent berbaloi jua apabila kita sekali lagi menggondol kejayaan di peringkat kebangsaan dengan memenagi NAIB JOHAN PERTANDINGAN TANDAS BERSIH KEBANGSAAN 2012. Bersandarkan inovasi Program 6R, SMK Convent telah dipilih antara 5 tandas terbaik kategori sekolah-sekolah di Malaysia sebelum berentap di pusingan akhir .

Biarpun kebanyakan sekolah telah mula bersedia untuk memulakan cuti persekolahan, warga SMK Convent khasnya para guru masih gigih bertungkus lumus dan terus bekerja tanpa mengira siang dan malam malahan turut berkerja semasa hari cuti…

20121015_115851

20121015_115914

Sesungguhnya menyertai pertandingan ini telah berjaya membuka minda bahawa

  • setiap yang kecil sebenarnya menberi kesan yang signifikan.
  • Pendidikan penggunaan tandas menjadi asas kepada pembinaan murid yang berdisiplin dan warga malaysia yang baik.
  • kebersihan asas keimanan. Sekiranya ingin melihat keperibadian seseorang ..lihatlah tandasnya dan bagaimana cara penggunaanya.
  • Penjagaan tandas sering dianggap remeh dan diserahkan kepada pekerja sekolah tetapi sebenarnya di situlah ukuran tahap tanggungjawab dan nilai amanah yang ada pada diri khasnya murid-murid.
  • Kebersihan tandas mencerminkan tahap pemikiran seseorang. Ukuran boleh dilihat dengan membuat perbandingan tandas di negara maju dan negara membangun.

20121017_100434

20121017_102501

  • Anjakan paradigma dan persepsi mengenai tandas perlu diubah. Tandas yang bersih dan menyenangkan mampu mengubah minda ke arah yang lebih positif kerana di situlah destinasi pertama yang dituju sebelum memulakan hari baru. Ruang tamu yang cantik untuk meraikan tetamu tetapi tandas yang cantik dan bersih adalah untuk maraikan diri kita supaya lebih bersemangat dan membuat sesuatu yang   lebih baik dari semalam.

IMG_1606

IMG_1633

TERIMA KASIH ATAS KERJA KUAT SEMUA..Alhamdulliah ..Semoga program 6R dapat terus berjalan dan tandas juga mampu memberi info untuk menambahkan pengetahuan warga sekolah khasnya mengenai kesihatan…maka makin kukuhlah lagi rangkaian sumber kita..alhamdulilah…

IMAG0144

P1090121

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s