IKON MEMBACA : MALAYSIA PERLU CONTOHI

Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN shaharomtm@yahoo.com

Fenomena kejayaan luar biasa Oprah Winfrey ini akhirnya menjadi bahan kajian seorang profesor bahasa Inggeris dan kesusasteraan di College of St. Catherine, Cecilia Konchar Farr.




Siapakah yang tidak kenal Oprah Winfrey? Beliau ialah salah seorang selebriti terkaya dunia yang cukup berpengaruh melalui rancangan televisyennya, The Oprah Winfrey Talk Show, yang ditonton oleh kira-kira 20 juta orang dan telah memenangi lebih daripada 20 kali Anugerah Emmy (penghargaan tertinggi televisyen Amerika). Kekuatan besar Oprah bukan terletak kepada daya cipta perbicaraannya tetapi kekuatan pengaruhnya melariskan buku-buku yang dibicarakannya dalam rancangan tersebut melalui Oprah Book Club.

Oprah Book Club menemui penonton pada tahun 1996 hingga 1999 dan beliau berjaya melariskan purata 1.4 juta naskhah buku. Setiap buku yang dibicarakannya akan dengan sendirinya menjadi buku terlaris dan secara puratanya akan berada selama 17 minggu dalam senarai buku terlaris New York Times. Pada Jun 2003, Oprah berjaya melariskan novel klasik bertajuk East of Eden, karya John Steinbeck yang jarang dibaca orang ke senarai buku terlaris. Pada tahun yang sama, Oprah turut melariskan buku memoir oleh Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton.

Toni Morrison, pemenang Hadiah Nobel untuk sastera pada tahun 1993 menyifatkan Oprah sebagai ‘fenomena revolusi membaca’ di Amerika Syarikat. Morrison sendiri turut berasa sentuhan Oprah apabila novelnya, Song of Solomon berjaya dijual sebanyak 730,000 naskhah dalam masa sebulan selepas menjadi tetamu rancangan Oprah. Sejak 10 tahun novel itu diterbitkan, ia hanya mampu terjual sebanyak 360,000 naskhah. Begitu juga Oprah turut mengangkat nama penulis baru, Jacquelyn Mitchard dengan novelnya The Deep End of Ocean yang hanya terjual sebanyak 100,000 naskhah. Tetapi setelah diundang Oprah dalam rancangannya, jualan novel itu telah melonjak kepada 850,000 naskhah. Bahkan novel itu berada pada tahap yang lebih tinggi jualannya daripada novel-novel penulis terkenal seperti Mary Higgins Clark dan Stephen King. Begitu hebatnya sentuhan bicara Oprah, sehinggakan para penerbit di Amerika kebingungan memikirkan bagaimana fenomena sedemikian mampu terjadi.

Fenomena kejayaan luar biasa Oprah Winfrey ini akhirnya menjadi bahan kajian Cecilia Konchar Farr, seorang profesor bahasa Inggeris dan kesusasteraan di College of St. Catherine. Farr menulis kajiannya dalam buku Reading Oprah:How Oprah’s Book Club Changed the Way American Reads. Menurut Farr, kejayaan hebat Oprah adalah beliau bukan sahaja mampu menarik golongan terpelajar dan pertengahan untuk membaca dan membeli buku tetapi berjaya mempengaruhi golongan penonton yang sudah lama meninggalkan ‘alam bacaan’ atau paling akhir membaca secara serius hanya di zaman persekolahan dan di universiti untuk kembali membaca. Paling menarik lagi, Oprah berjaya ‘memotivasikan’ mereka untuk membaca novel-novel yang berbentuk serius dan bukannya novel-novel popular.

Menurut Farr lagi, dia berminat untuk mengkaji tentang fenomena Oprah setelah sekian lama memperhatikan bahawa Oprah berjaya menarik minat orang terhadap buku, bahkan mengajak pembaca untuk menjadi ‘pemikir’ dalam pengertian membaca bahan-bahan sastera yang serius. Sebelum ini dalam bukunya, Farr mengakui bahawa para profesor di universiti sendiri tidak mampu menggerakkan para pelajarnya untuk membaca novel-novel yang serius, bahkan memandang rendah terhadap pengaruh Oprah. Ini membuatkan Farr sendiri menawarkan kursus di universiti tentang Oprah dan buku-buku yang dibacanya kepada orang ramai dan para pelajarnya. Farr turut mendapati selama ini tulisan-tulisan tentang Oprah di media-media lebih fokus kepada Oprah sebagai selebriti dan usahawan tetapi tidak ada tulisan mahupun kajian yang melihat Oprah sebagai penggerak budaya membaca.

Menurut Farr, setiap buku yang dipilih untuk dibicarakan Oprah telah ditentukan oleh sebuah jawatankuasa, tetapi pemilihan akhir buku ditentukan oleh Oprah. Bagi Oprah, buku yang dipilihnya itu tidak semestinya yang baru tetapi juga yang klasik dan telah lama berada di pasaran serta jarang diketahui orang atau tidak begitu dipedulikan. Bagaimanapun, kajian Farr ini hanya meliputi buku-buku yang dibicarakan Oprah dari tahun 1996 hingga 2002. Senarai buku-buku ini turut dilampirkan di dalam buku tersebut dan tempoh atau jangka masa lama ia berada dalam senarai best seller akhbar The New York Times.

Dalam kajian Farr, beliau mendapati kejayaan Oprah bukan sahaja terletak pada sentuhan bicaranya, tetapi yang paling penting adalah Oprah merupakan seorang yang amat kuat membaca dan mencintai buku sekali gus seorang intelektual. Oprah pernah berkata kepada Publishers Weekly: “Saya amat kuat merasakan bahawa sesiapa sahaja, tidak kira kedudukannya, perlu membaca untuk membuka dunia mereka, mencerdaskan mereka dan memberi ruang untuk mengeksplorasi sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan, sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh bentuk media yang lain. Saya mahukan buku menjadi sebahagian daripada gaya hidup para penonton rancangan saya dan membaca adalah sesuatu yang semula jadi dengan diri mereka.” Dan Oprah berjaya

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s