Bosan membaca ?

Sejarah telah membuktikan budaya membaca dapat meningkatkan tamadun manusia. Malangnya, generasi hari ini lebih gemar membaca bahan bacaan berbentuk picisan (hiburan) dan mengabaikan pembacaan berkualiti. Klasifikasi buku yang menjadi tumpuan pembaca kebanyakannya buku fiksyen. Skop pembacaan yang kurang serta rendah kesedaran meningkatkan budaya ilmu menyebabkan pelajar-pelajar ini mempunyai pengetahuan am yang rendah. Pembacaan sebegini tidak akan meransang ke arah pemikiran kritis dan analitis dan boleh menjejaskan usaha mewujudkan tamadun ilmu.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menfokuskan pendidikan sepanjang hayat, ciri-ciri unsur intelek yang menekankan ilmu untuk diri dan orang lain perlu diberi perhatian. Rustam A. Sani (Dewan Masyarakat, Jun 1996) berpendapat sistem pendidikan kita hanya mampu mengeluarkan generasi inteleginsia iaitu golongan terpelajar secara formal yang memiliki pengetahuan tetapi tidak berupaya melahirkan golongan intelektual dan mampu berfikir secara kritikal. Bagi mengatasi masalah ini dan seterusnya memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan tidak formal menerusi pembacaan dan berasaskan sumber dianggap jalan penyelesaian terbaik. Ini kerana kewibawaan seseorang individu amat berkait rapat dengan pendedahan dan pengalaman mereka di alam persekolahan. Individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang dimiliki seseorang, lebih tinggi hormat dan tanggapan masyarakat terhadapnya. Malah ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat dan Negara.

Dalam proses membangunkan masyarakat pembaca, stigma membaca yang membosankan wajar dilontar jauh. Membaca tidak sewajarnya dikaitkan dengan menduduki peperiksaan semata-mata, aktiviti harian pelajar pintar tetapi lurus bentul atau menyiapkan sebarang tugasan tetapi membaca adalah aktiviti harian yang menjadi makanan minda, memberi vitamin kepada jiwa dan ubat penenang kepada hati. Senario melihat warga Malaysia membaca di tempat-tempat awam masih rendah walaupun pesta-pesta buku di pelbagai peringkat mula mendapat tempat. Namun secara realitinya, masyarakat Malaysia khasnya golongan muda lebih kerap ke pusat membeli belah berbanding ke perpustakaan ! Berbelanja RM 100 dirasakan mahal untuk sebuah buku namun menghabiskan masa dan wang dengan jumlah yang sama di restoren mewah atau makanan segera adalah perkara biasa. Senario perlu berubah jika kita ingin menjadi Negara maju. Apatah lagi Wawasan 2020 yang perlu dicapai bukanlah jarak masa yang jauh. Masa berlalu terlalu pantas, dan setiap detik adalah sangat bermakna untuk bersedia membuat anjakan paradigma !

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s