REHAT MINDA

Wasiat terakhir Mak Temah.

Selepas beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah beransur stabil. Keesokkan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan. Tok Ketua bercadang melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu bagi menziarahi jirannya itu.

Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat-kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati kepala Mak Temah.

Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.

“ Tentunya  Mak Temah mahu menulis wasiat,” getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti selepas beliau menulis ayat terakhirnya. Demi menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.

Keesokannya, selepas jenazah selamat disempurnakan, barulah Tok Ketua memangil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Waris-waris berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukannya orang yang berharta. Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut. Anak sulung Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya. ‘Wasiat’ itu berbunyi, “ Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua!”.

Pesanan : Ada mesej dan perkara yang tidak patut DITANGGUHKAN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s