MEMBACA PELOPOR MINDA KELAS PERTAMA

Amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia kita kini belum mampu boleh dikatakan berada pada tahap yang membanggakan walaupun menampakkan sedikit peningkatan. Hakikatnya masih ramai di luar sana yang hanya membaca apabila ia berkepentingan dan berkeperluan untuk membaca. Sikap untuk membaca bagi mencari ilmu dan memang minat membaca rasanya masih kurang dan kalau ada pun hanya segelintir. Kebanyakan yang rajin membaca adalah golongan pelajar kerana mereka ini dimestikan membaca kerana jika tidak membaca susah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Inilah sistem yang telah dibina dalam minda rakyat Malaysia sejak berpuluh tahun lamanya. Kesedaran membaca itu sendiri datangnya akibat berkepentingan dan bukan kerana atas kesedaran diri sendiri.

Contohnya mudah, pelajar membaca dan menghafal hanya sekadar untuk lulus peperiksaan tetapi inti pati apa yang dibacanya mungkin akan lupa kembali sesudah selesai peperiksaan dan ia tidak dapat diaplikasikan dalam dunia seharian mereka kerana sejak dari mula lagi ditanam dalam pemikiran mereka membaca hanya sekadar untuk menjawab peperiksaan bukan atas kesedaran untuk mencari ilmu. Walaupun bukan semua berfikiran begitu tetapi hakikatnya ramai di luar sana mempunyai persepsi begitu. Sama ada percaya atau tidak kita sendiri boleh menilainya. Semua ini terjadi sedemikian kerana sistem yang dibentuk kita sendiri dan kita yang mengikutinya bahkan hingga ke peringkat universiti pun konsep yang sama diguna pakai maka lahirlah beribu-ribu graduan tetapi sukar menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan kerana ilmu yang dipelajari tidak dapat diaplikasikan.
Konsep membaca ini turut ditekankan dalam ajaran agama Islam melalui surah Al-Alaq iaitu surah ke-96 dalam Al Quran. ‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.’. Dalam surat tersebut Allah menekankan kepentingan membaca atau disebut Iqra. Surah Al ‘Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan.

Negara kita tidak akan dapat mencapai kemajuan yang dimpikan seiring dengan negara maju sedia ada seperti Jepun dan  negara eropah jika mentaliti masyarakat kita masih belum berubah yang masih belum menyedari kepentingan membaca sebaliknya hanya membaca apabila berkepentingan. Martabat sesuatu bangsa itu akan diangkat jika masyakarakat mempunyai daya inteletual yang tinggi. Namun apakah mungkin ia akan dapat dicapai tanpa pemupukan pembacaan dalam kalangan masyarakat. Bangsanya mundur dan tidak membangung serta terus ketinggalan melambangkan daya keinteletualan mereka yang tidak mampu melahirkan pemikir-pemikir cerdik pandai dalam membangunkan negara.
Cuba kita renungi sabda Rasululullah SAW yang bermaksud “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Dari Hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa Islam menyarankan agar umatnya menuntut ilmu semenjak dari kecil lagi. Sekarang berbalik kepada situasi masyarakat kita hari ini, di mana kita sekarang, apakah cukup kita membaca sekadar untuk lulus peperiksaan atau hanya membaca apabila berkepentingan. Sekurang-kurangnya jadikanlah surat khabar sebagai bahan bacaan kerana di dalamnya terangkum pelbagai aspek yang secara tidak langsug merangsang daya pemikiran kita. Pembacaan dan menuntut ilmu tidak terhenti setakat kita tamat pelajaran tetapi selagi diizinkan Allah untuk bernafas bacalah kerana dengan membaca sahaja masyakarat minda kelas pertama akan terjana.

 

 

http://ilmuis.blogspot.com/2009/04/membaca-pelopor-lahir-minda-kelas.html

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s