PERTANDINGAN FOTOGRAFI WARNA-WARNA MERDEKA

  • Terbuka kepada semua para pelajar SMK Convent, Alor Setar.
  • Penyertaan secara individu.
  • Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hanya satu yang akan dipilih sebagai pemenang.
  • Peserta hendaklah menghantar 1 salinan soft copy  dalam bentul fail JPEG kepada Pn. Zuridah.
  • Tema : Warna-warna merdeka DAN perpaduan
  • Tarikh akhir : 13 / 9/2012.
  • Pemenang akan menerima sijil penyertaan dan wang tunai seperti berikut:-

– gambar terbaik – RM 30.00

– 10 gambar saguhati – RM 10.00

CONTOH GAMBAR SEPERTI BERIKUT :-

 

 

Advertisements

AKTIVITI BULAN SEPTEMBER 2012

 AKTIVITI BULAN SEPTEMBER  2012

TARIKH

AKTIVITI

28/8 – 4/9 Pertandingan Rekacipta Slogan KITA PERLU BERSATU   KERANA……..
3/9 – 13/9 Pertandingan   Fotografi : Warna-warna Merdeka
3/9 – 6/9 Ulasan   Sejarah NILAM ILMIAH
29/8 – 3/9 Fikir-Fikir   Kenegaraan
26/8 – 13/9 Pertandingan   Buku Skrap Kelas Perpustakaan
3/9 Kutipan Buku   NILAM
3-5/9 Pengemaskinian   data stok buku PSS
26- 13/9 Pelanggan   Misteri Merdeka
19/9/2012 Mesyuarat   Jkuasa PSS 2/2012
9/9 &   23/9/2012 NILAM ILMIAH   BERFOKUS TINGKATAN 3
28/8-   4/8/2012 Penyediaan   koleksi keratan akhbar
13/9 Penebusan   Kupon Kempen JOM Ke PSS
17-20/9/2012 Penyediaan sijil   NILAM Tingkatan 5
17-20/9/2012 Penyediaan sijil  Sahabat PSS
11/9/2012 HARI   1 MALAYSIA
3/9 -30/9 KEMPEN   PEMULANGAN BUKU

 

 

 

KONSEP 1 MALAYSIA : APA PERANAN PSS

Konsep 1 Malaysia

Rakyat Malaysia  terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang  bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.  Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi.  Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.   Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan  sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia.   Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.  Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.  Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

‘1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Peranan PSS dalam merealisasikan hasrat 1 Malaysia.

Pusat Sumber Sekolah boleh mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah  dalam Program Memupuk Patriotisme pelajar.  Di samping menyediakan buku-buku yang berkualiti untuk dibaca, Pusat Sumber Sekolah dapat membantu menyediakan sumber maklumat bagi penulisan karangan bermutu dan penyediaan bahan dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah yang memfokuskan usaha-usaha kerajaan bagi mencapai perpaduan negara.  Pusat Sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat dapat dilaksanakan dengan berkesan. Penyediaan keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka dapat membantu guru-guru  mendapatkan bahan pengajaran yang bermutu.

Minggu Kemerdekaaan  dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan sekiranya dilaksanakan secara bersama dengan Pusat Sumber Sekolah. Radio Sekolah dapat dimanfaatkan dengan menyiarkan maklumat-maklumat berkaitan sejarah negara, kuiz tokoh negara, pengkisahan kemerdekaan mahupun drma radio berasaskan kemerdekaan. Para pelajar akan mencatat sebarang maklumat yang ke udara dalam sebuah buku khas dan digunakan dalam proses belajar. Kuiz  Sejarah, Kuiz Kenegaraan dan sebarang aktiviti berkaitan dengan Kenegaraan boleh dilaksanakan untuk memancing penyertaan. Pertandingan bercerita, berpidato, berpantun, melukis komik , syair, drama, resensi buku dan mengarang boleh dijalankan. Tetapkan syarat bahawa setiap penyertaan perlulah mendapatkan sumber maklumat menerusi pembacaan di Pusat Sumber Sekolah. Disamping mendidik  ilmu kewarganegaraan, mereka turut didedah dengan penerokaan maklumat menerusi kaedah yang betul. Pendedahan ini banyak membantu murid-murid dalam persediaan sebagai pelajar institusi pengajian tinggi kelak.

Guru-guru Pusat Sumber biasanya berkemahiran dalam pelbagai aktiviti literasi maklumat. Waktu rehat atau sebarang waktu senggang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:-

  • Kuiz   1 malaysia.
  • Permainan teka silang kata yang berfokuskan 1 malaysia .
  • Pertandingan buku skrap.
  • Rakan Pembaca Merdeka – Meminjam buku-buku berkaitan negara Malaysia.
  • NILAM Berfokus – bacaan Buku Sejarah.
  • Sudut info merdeka dalam kelas.
  • Pelanggan bertuah buku sejarah.
  • Promosi buku sejarah di PSS.
  • Peta Minda
  • Pertandingan mencipta kad ucapan
  • Pertandingan lagu patriotik
  • Hari Permainan Tradisional.

Persekitaran sekolah yang ceria turut menjadi faktor keseronokan ke sekolah. Biasanya, Guru Pusat Sumber ditugaskan untuk menyelaras program Laluan Ilmu. Alangkah indahnya jika persekitaran sekolah dihiasi dengan pelbagai  fakta sejarah dan kenegaraan.  Malah tidak semua guru-guru lain dan kakitangan sekolah arif dan mengetahui fakta-fakta yang digunakan.  Aktiviti Jejak Sejarah   dengan menggunakan laluan ilmu boleh dijalankan. Jejak Sejarah  juga boleh dijadikan sebagai aktiviti ’pembinaan kumpulan’ dalam aktiviti kursus guru dan staf.  Wujudkan sudut-sudut berpidato dan sudut bercerita sejarah di persekitaran sekolah. Malah wartawan-wartawan muda juga boleh dilahirkan menerusi Buletin Pusat Sumber Sekolah. Pengetahuan  guru-guru juga boleh ditingkatkan menerusi Pertandingan Guru Paling Banyak Membaca, Kuiz Kenegaraan , Guru Paling 1 Malaysia atau Guru Paling Fasih Berbahasa Melayu (bagi guru bukan Melayu). Senario ini akan menyumbangkan persekitaran kerja yang sihat dan menyeronokkan.

Peranan Pusat Sumber Sekolah adalah luas. Pihak pengurusan sekolah sewajarnya bijak menggunakan Pusat Sumber dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah khususnya dalam peningkatan pencapaian akademik. Jawatan Guru Perpustakaan Media sepenuh masa yang hanya mengajar 6 hingga 12 waktu seminggu haruslah dioptimumkan sepenuhnya sebagai penggerak utama kepada dasar-dasar negara. Murid-murid sebenarnya lebih seronok belajar dalam situasi tidak formal dan aktiviti yang membolehkan mereka bergerak aktif. Secara tidak langsung hasrat untuk merealisasikan golongan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, intelek, rohani dan emosi dapat dicapai. Sesungguhnya proses memartabatkan dan membangunkan negara  bangsa  seharusnya bermula di sekolah.

Oleh Zuridah Hanim bt Md. Akhir

GPM Cemerlang

IKON MEMBACA : MALAYSIA PERLU CONTOHI

Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN shaharomtm@yahoo.com

Fenomena kejayaan luar biasa Oprah Winfrey ini akhirnya menjadi bahan kajian seorang profesor bahasa Inggeris dan kesusasteraan di College of St. Catherine, Cecilia Konchar Farr.




Siapakah yang tidak kenal Oprah Winfrey? Beliau ialah salah seorang selebriti terkaya dunia yang cukup berpengaruh melalui rancangan televisyennya, The Oprah Winfrey Talk Show, yang ditonton oleh kira-kira 20 juta orang dan telah memenangi lebih daripada 20 kali Anugerah Emmy (penghargaan tertinggi televisyen Amerika). Kekuatan besar Oprah bukan terletak kepada daya cipta perbicaraannya tetapi kekuatan pengaruhnya melariskan buku-buku yang dibicarakannya dalam rancangan tersebut melalui Oprah Book Club.

Oprah Book Club menemui penonton pada tahun 1996 hingga 1999 dan beliau berjaya melariskan purata 1.4 juta naskhah buku. Setiap buku yang dibicarakannya akan dengan sendirinya menjadi buku terlaris dan secara puratanya akan berada selama 17 minggu dalam senarai buku terlaris New York Times. Pada Jun 2003, Oprah berjaya melariskan novel klasik bertajuk East of Eden, karya John Steinbeck yang jarang dibaca orang ke senarai buku terlaris. Pada tahun yang sama, Oprah turut melariskan buku memoir oleh Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton.

Toni Morrison, pemenang Hadiah Nobel untuk sastera pada tahun 1993 menyifatkan Oprah sebagai ‘fenomena revolusi membaca’ di Amerika Syarikat. Morrison sendiri turut berasa sentuhan Oprah apabila novelnya, Song of Solomon berjaya dijual sebanyak 730,000 naskhah dalam masa sebulan selepas menjadi tetamu rancangan Oprah. Sejak 10 tahun novel itu diterbitkan, ia hanya mampu terjual sebanyak 360,000 naskhah. Begitu juga Oprah turut mengangkat nama penulis baru, Jacquelyn Mitchard dengan novelnya The Deep End of Ocean yang hanya terjual sebanyak 100,000 naskhah. Tetapi setelah diundang Oprah dalam rancangannya, jualan novel itu telah melonjak kepada 850,000 naskhah. Bahkan novel itu berada pada tahap yang lebih tinggi jualannya daripada novel-novel penulis terkenal seperti Mary Higgins Clark dan Stephen King. Begitu hebatnya sentuhan bicara Oprah, sehinggakan para penerbit di Amerika kebingungan memikirkan bagaimana fenomena sedemikian mampu terjadi.

Fenomena kejayaan luar biasa Oprah Winfrey ini akhirnya menjadi bahan kajian Cecilia Konchar Farr, seorang profesor bahasa Inggeris dan kesusasteraan di College of St. Catherine. Farr menulis kajiannya dalam buku Reading Oprah:How Oprah’s Book Club Changed the Way American Reads. Menurut Farr, kejayaan hebat Oprah adalah beliau bukan sahaja mampu menarik golongan terpelajar dan pertengahan untuk membaca dan membeli buku tetapi berjaya mempengaruhi golongan penonton yang sudah lama meninggalkan ‘alam bacaan’ atau paling akhir membaca secara serius hanya di zaman persekolahan dan di universiti untuk kembali membaca. Paling menarik lagi, Oprah berjaya ‘memotivasikan’ mereka untuk membaca novel-novel yang berbentuk serius dan bukannya novel-novel popular.

Menurut Farr lagi, dia berminat untuk mengkaji tentang fenomena Oprah setelah sekian lama memperhatikan bahawa Oprah berjaya menarik minat orang terhadap buku, bahkan mengajak pembaca untuk menjadi ‘pemikir’ dalam pengertian membaca bahan-bahan sastera yang serius. Sebelum ini dalam bukunya, Farr mengakui bahawa para profesor di universiti sendiri tidak mampu menggerakkan para pelajarnya untuk membaca novel-novel yang serius, bahkan memandang rendah terhadap pengaruh Oprah. Ini membuatkan Farr sendiri menawarkan kursus di universiti tentang Oprah dan buku-buku yang dibacanya kepada orang ramai dan para pelajarnya. Farr turut mendapati selama ini tulisan-tulisan tentang Oprah di media-media lebih fokus kepada Oprah sebagai selebriti dan usahawan tetapi tidak ada tulisan mahupun kajian yang melihat Oprah sebagai penggerak budaya membaca.

Menurut Farr, setiap buku yang dipilih untuk dibicarakan Oprah telah ditentukan oleh sebuah jawatankuasa, tetapi pemilihan akhir buku ditentukan oleh Oprah. Bagi Oprah, buku yang dipilihnya itu tidak semestinya yang baru tetapi juga yang klasik dan telah lama berada di pasaran serta jarang diketahui orang atau tidak begitu dipedulikan. Bagaimanapun, kajian Farr ini hanya meliputi buku-buku yang dibicarakan Oprah dari tahun 1996 hingga 2002. Senarai buku-buku ini turut dilampirkan di dalam buku tersebut dan tempoh atau jangka masa lama ia berada dalam senarai best seller akhbar The New York Times.

Dalam kajian Farr, beliau mendapati kejayaan Oprah bukan sahaja terletak pada sentuhan bicaranya, tetapi yang paling penting adalah Oprah merupakan seorang yang amat kuat membaca dan mencintai buku sekali gus seorang intelektual. Oprah pernah berkata kepada Publishers Weekly: “Saya amat kuat merasakan bahawa sesiapa sahaja, tidak kira kedudukannya, perlu membaca untuk membuka dunia mereka, mencerdaskan mereka dan memberi ruang untuk mengeksplorasi sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan, sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh bentuk media yang lain. Saya mahukan buku menjadi sebahagian daripada gaya hidup para penonton rancangan saya dan membaca adalah sesuatu yang semula jadi dengan diri mereka.” Dan Oprah berjaya

 

MEMBACA CIRI NEGARA MAJU

SALAH satu ciri negara maju adalah jumlah penerbitan yang mereka miliki. Jepun, negara yang musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua misalnya berusaha memulihkan dirinya dengan menerbitkan buku sebanyak mungkin dan dijual semurah mungkin. Buku-buku dari luar negeri juga diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Objektif utama tindakan tersebut adalah untuk memastikan rakyat negara itu membaca dan memperoleh ilmu-ilmu baru tanpa had. setiap rakyat negara itu berpeluang untuk membaca buku apa sahaja. Kesan daripada tindakan dan kebijaksanaan tersebut, Jepun muncul sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan dan akhirnya mampu menandingi keupayaan Barat.

Oleh pemikir, Francis Fukuyama dalam bukunya Trust: The Social Virtues and the Creation of Prosperity, kejayaan masyarakat Jepun termasuk dalam perniagaan dikaitkan dengan budaya membaca mereka. Kini penerbitan buku di Jepun menjadi suatu industri yang memberi pulangan besar. Malah, penerbit-penerbit asing turut berlumba-lumba menerbit karya-karya sama ada fiksyen atau nonfiksyen oleh pengarang negara Matahari Terbit tersebut.

Namun, kedudukan itu jauh berbeza dengan dengan perkembangannya di Malaysia. Buku masih dianggap bukan keperluan berbanding dengan hiburan dan barangan lain. Sebahagian masyarakat Malaysia belum memahami apa itu buku dalam erti sesungguhnya. Sedangkan secara fungsional, ia dapat didefinisikan sebagai suatu kumpulan bentuk komunikasi grafik yang cukup berkesan untuk pembinaan peradaban. “Masyarakat kita berada dalam suatu fenomena yang ‘unik’ jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Jepun apabila mereka tidak meletakkan ilmu pengetahuan sebagai tempat tertinggi jika dibandingkan dengan bidang-bidang lain.

“Mungkin di Malaysia buku berada ditempat ketiga selepas barangan mewah dan hiburan lain . Alasan klasik yang sering diberikan ialah harganya yang terlalu tinggi (sama ada buku terbitan tempatan atau import) dan tidak mampu dibeli,” kata peminat buku, Jaafar Abdul Rahim. Ironisnya, beliau berkata, harga buku masih jauh lebih rendah berbanding barangan mewah atau kos yang diperlukan untuk hiburan yang mampu dibeli oleh masyarakat Malaysia hari ini. Namun, segelintir masyarakat tetap menjadikan harga buku sebagai alasan mereka tidak suka membaca. Jaafar berkata, sudah menjadi kewajaran jika buku-buku ilmiah dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun ia masih terjangkau oleh sebahagian besar masyarakat negara ini. Apa yang menjadi persoalan di Malaysia sekarang ialah harga buku telah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh golongan berkenaan sedang pada masa yang sama mereka sanggup menghabiskan wang untuk hiburan atau membeli barangan berjenama. “Orang kita mungkin bukan malas membaca tetapi kurang membaca dan belum sedar sepenuhnya erti pentingnya ilmu pengetahuan yang bakal diperoleh daripada buku-buku atau bahan bacaan tersebut . “Kalau kita sekadar membaca karya-karya atau tulisan picisan, tidak mungkin kita dapat idea besar. Hanya buku yang benar-benar bermutu sahaja mampu melontarkan idealisme yang hebat,” tambahnya.

Di sisi lain, beliau melihat rakyat negara ini mempunyai kuasa beli yang kukuh. Cuma buku bukan keutamaan seperti yang wujud di negara-negara maju seperti Jepun atau Amerika Syarikat. “Cukup pelik jika ada kelompok masyarakat kita yang mampu bercuti di luar negara atau menonton perlumbaan Formula 1 dengan tiket mencecah ribuan ringgit tetapi tidak mampu membeli buku yang harganya tidak sampai RM100,” ujarnya. Sementara itu, Jaafar berkata, masyarakat perlu didedahkan dengan pendekatan- pendekatan baru dalam pembacaan supaya proses membaca menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Antaranya, pihak yang bertanggungjawab perlu melaksanakan kursus membaca pantas (speed reading course) untuk membolehkan pembaca memahami isi sesebuah buku dalam tempoh yang singkat.  

Begitu juga dengan Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (Pena), Syed Mohamad Zakir Syed Othman (SM Zakir) melihat harga buku hanyalah ‘kambing hitam’ oleh sebahagian masyarakat di negara ini. Katanya, harga buku yang terlalu tinggi digunakan sebagai alasan kenapa masyarakat di negara ini kurang membaca atau dengan kata lain faktor harga tersebut menjejaskan minat masyarakat. Sedangkan beliau berkata, masyarakat di negara ini masih belum terbuka secara keseluruhan kepada budaya keilmuan. Mereka cenderung meletakkan budaya membaca sebagai sesuatu yang tidak penting. “Saya melihat fenomena masyarakat Malaysia hari ini sangat membimbangkan. Apa lagi ketika hedonisme televisyen dan hiburan bertapak dengan kukuh. Ada yang sanggup menghabiskan wang untuk terlibat dalam realiti TV .

“Mahu atau tidak, kerajaan perlu `memaksa’ dalam konteks menggalakkan masyarakat untuk membaca misalnya mengecualikan cukai kerana ini salah satu daripada proses untuk membentuk budaya membaca,” katanya. Katanya, hedonisme televisyen dan hiburan tersebut telah mewujudkan satu persepsi budaya baru iaitu masyarakat yang suka berhibur, tidak mementingkan ilmu pengetahuan dan tidak mahu membaca ,” katanya. Oleh itu, SM Zakir berkata, peranan kerajaan untuk mewujudkan struktur dasar pembacaan khususnya mengurangkan harga buku dan pengecualian cukai sangat penting. Beliau berkata, jika fenomena tidak suka membaca dan enggan mendekati pengetahuan berterusan, ia akan memberi impak yang sangat besar kepada peradaban bangsa Malaysia.

“Menstruktur kembali dasar pembacaan sangat penting sama seperti tindakan kerajaan menstrukturkan ekonomi. Kedua-duanya sama penting. “Dasar pembacaan misalnya terlalu penting untuk mengukuhkan modal insan. Jika kita melahirkan tenaga yang tidak berpengetahuan, bayangkan apa yang terjadi kepada masa depan negara ini,” tambah beliau. Berdasarkan pandangan Jaafar dan SM Zakir tersebut, kita sesekali perlu kembali kepada sejarah. Tradisi keilmuan Melayu telah berusia lebih 600 tahun dan jauh lebih lama berbanding dengan perkembangannya di negara-negara maju. Namun, benarkah begitu?

Seperti kata Jaafar dan SM Zakir, masyarakat Malaysia hari ini tidak gemar membaca dan enggan mendekati ilmu dan salah satu ‘kambing hitam’ adalah harga buku yang dikatakan tinggi. Hasilnya, tradisi keilmuan Melayu yang digali oleh tokoh-tokoh Kerajaan Islam Aceh, Kesultanan Melaka dan lain-lain itu seolah-olah hampir menemui noktahnya!

dipetik dari :http://edu4u.edublogs.org/2011/04/22/membaca-ciri-negara-maju/

Bosan membaca ?

Sejarah telah membuktikan budaya membaca dapat meningkatkan tamadun manusia. Malangnya, generasi hari ini lebih gemar membaca bahan bacaan berbentuk picisan (hiburan) dan mengabaikan pembacaan berkualiti. Klasifikasi buku yang menjadi tumpuan pembaca kebanyakannya buku fiksyen. Skop pembacaan yang kurang serta rendah kesedaran meningkatkan budaya ilmu menyebabkan pelajar-pelajar ini mempunyai pengetahuan am yang rendah. Pembacaan sebegini tidak akan meransang ke arah pemikiran kritis dan analitis dan boleh menjejaskan usaha mewujudkan tamadun ilmu.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menfokuskan pendidikan sepanjang hayat, ciri-ciri unsur intelek yang menekankan ilmu untuk diri dan orang lain perlu diberi perhatian. Rustam A. Sani (Dewan Masyarakat, Jun 1996) berpendapat sistem pendidikan kita hanya mampu mengeluarkan generasi inteleginsia iaitu golongan terpelajar secara formal yang memiliki pengetahuan tetapi tidak berupaya melahirkan golongan intelektual dan mampu berfikir secara kritikal. Bagi mengatasi masalah ini dan seterusnya memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan tidak formal menerusi pembacaan dan berasaskan sumber dianggap jalan penyelesaian terbaik. Ini kerana kewibawaan seseorang individu amat berkait rapat dengan pendedahan dan pengalaman mereka di alam persekolahan. Individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang dimiliki seseorang, lebih tinggi hormat dan tanggapan masyarakat terhadapnya. Malah ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat dan Negara.

Dalam proses membangunkan masyarakat pembaca, stigma membaca yang membosankan wajar dilontar jauh. Membaca tidak sewajarnya dikaitkan dengan menduduki peperiksaan semata-mata, aktiviti harian pelajar pintar tetapi lurus bentul atau menyiapkan sebarang tugasan tetapi membaca adalah aktiviti harian yang menjadi makanan minda, memberi vitamin kepada jiwa dan ubat penenang kepada hati. Senario melihat warga Malaysia membaca di tempat-tempat awam masih rendah walaupun pesta-pesta buku di pelbagai peringkat mula mendapat tempat. Namun secara realitinya, masyarakat Malaysia khasnya golongan muda lebih kerap ke pusat membeli belah berbanding ke perpustakaan ! Berbelanja RM 100 dirasakan mahal untuk sebuah buku namun menghabiskan masa dan wang dengan jumlah yang sama di restoren mewah atau makanan segera adalah perkara biasa. Senario perlu berubah jika kita ingin menjadi Negara maju. Apatah lagi Wawasan 2020 yang perlu dicapai bukanlah jarak masa yang jauh. Masa berlalu terlalu pantas, dan setiap detik adalah sangat bermakna untuk bersedia membuat anjakan paradigma !