PEMBACA YANG BERKESAN

Advertisements

KLINIK UNTUK JAYA : 7 TEKNIK MOTIVASI MENJELANG PEPRIKSAAN

Teknik 1

Kekalkan   Imej Kejayaan  

  • Jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam diri   anda untuk berjaya, anda mesti mengekalkan   imej kejayaan di dalam minda anda. Seperti yang anda tahu,   minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa.   (There could be only one dominant thought at one time). Fikirkan, apakah imej   kejayaan yang anda ingin isi dalam minda anda?

Teknik   2

Dekati Sahabat Berfikiran Positif

  • Anda perlu bergaul dengan   pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada   Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan   penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum.

Teknik 3

Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif  

  • Anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka.

Teknik 4

Mulakan   dengan api yang kecil

  • Untuk menaikkan minat dan motivasi anda terhadap matapelajaran yang anda   tidak pandai ini ialah, pilih hanya satu bahagian kecil yang boleh anda   kuasai.
  • Apabila anda sudah   menguasai sesuatu walaupun ia kecil sahaja, ia adalah satu api semangat yang   telah mula menyala dalam diri anda. Percayalah bahawa, setelah api semangat   yang kecil ini telah menyala, anda akan rasa lebih berminat untuk menambahkan   apa yang anda tahu. Jadi anda kuasai bahagian lain pula.

Teknik   5

Lakonkan   Watak Kejayaan  

  • Apa yang   perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon   seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia.
  • Mengapa perlu   berlakon?……… Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlakon   atau betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. Jadi, bila anda   berlakon seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi   seperti pelajar pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran   anda akan jadi lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. Pendek   kata, anda betul-betul jadi pelajar pintar.

             Teknik 6

Kurangkan Tekanan Perasaan

Apakah kesan tekanan menghadapi   peperiksaan ini ? Tuliskan 10 jawapan anda   di atas kertas. (3 minit dari sekarang……………..) (……..anda sudah tulis….?   Jangan sambung baca selagi anda belum tulis…. nanti anda tidak dapat faham   apa yang saya ingin sampaikan dalam mesej ini.)

Baiklah. Apa yang ada dalam senarai anda? Antara   kesan-kesan yang biasa pelajar tulis ialah pening kepala, tumbuh jerawat,   cepat marah, hilang mood, hilang selera makan,(bertambah selera makan pun ada   ), sakit perut, sakit hati, hilang tumpuan, rasa nak pengsan, benci tengok   kawan, benci tengok muka guru, benci tengok muka sendiri, dan macam-macam   lagi perkara yang negatif.  Baiklah.   Satu lagi soalan saya, dalam senarai anda, ada tak kesan yang positif atau   kesan yang baik? Hmm…. selalunya, saya tidak pernah tengok pelajar tulis   kesan yang baik bila ditanya tentang kesan tekanan perasaan. Padahal, memang ada kesan yang baik.

Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Insyirah: Ayat   5-8,

“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa   sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan),   maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja   hendaklah engkau bermohon.”

Sabda Rasulullah S.A.W., “…dan ketahuilah bahawa kemenangan itu akan terhasil sesudah kesabaran, dan kelapangan itu akan muncul sesudah kesusahan. Dan ingatlah bahawa   bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan.” (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah dan sabda Rasulullah ini sahaja sudah   cukup untuk memberi kita ketenangan kerana sudah ada jaminan bahawa setiap   kesukaran dan kesulitan yang kita lalui pasti akan diberi ganjaran lain dalam   bentuk kesenangan dan kemudahan.

TEKNIK 7 : BERDOA DAN  BERTAWAKAL SEMOGA USAHA KITA BEROLEH   KEJAYAAN

 

Sumber   : http:// www.osmanaffan.com

KLINIK UNTUK JAYA : LEMAH DAYA INGATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MELEMAHKAN DAYA INGATAN

 Memakan kepala ikan, organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung , perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.

 Makan makanan yang tercemar oleh semut

 Minum antara suapan makanan

 Mengambil makanan ringan dan asam.

 Mengambil kafeina terlalu banyak.

 Merokok

 Tidur selepas waktu asar.

 Fikiran runsing.

 Melakukan maksiat

 Gegaran yang kuat serta kerap pada otak akibat aktiviti sukan lasak.

 Makan terlalu banyak Sumber :

Fokus September 2008

KLINIK UNTUK JAYA: PERSEDIAAN MENJELANG PEPERIKSAAN

 Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

  1. Bertenang dan melapangkan  fikiran.
  2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
  3. Tidur yang mencukupi..
  4. Menjaga kesihatan diri.
  5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
  6. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
  7. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
  8. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
  9. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
  10. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
  11. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
  12. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
  13. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
  14. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
  15. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
  16. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
  17. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
  18. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
  19. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
  20. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
  21. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

KLINIK UNTUK JAYA : MENGAPA SELALU LUPA ?

Mengapa Anda Selalu Lupa?

       Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan?  Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal.   Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.

Jangan cari alasan.   Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal.  “Buat apa baca sekarang esok lupa juga”.  Inilah kata-kata yang sering diucapkan.  Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.   Mudah bunyinya bukan??

Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan.  Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya.   Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Fahami apa yang dibaca.  Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya.  Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.  Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat..

Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan.   Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

Hafal kata kunci.  Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.  Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.

Contoh fakta:
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.

Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut.  Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat.  Hafal hanya perkataan ‘dua hemisfera‘ yang merupakan kata kunci kepada fakta.  Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya.  Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.  Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak.  Tidak perlu terburu-buru.   Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan

Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil.  Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta.  Baik, sekarang  mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta?    Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.  Sekali lagi jangan terburu-buru.  Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi

Sering membuat imbasan.    Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai   tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji.  Awal-awal lagi   telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa   dalam masa 24 jam.  Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut   dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang   baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan.   Untuk   menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang   telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik.  Petua dibawah   boleh digunakan dan terbukti berkesan:

  • Imbas 5  minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
  • Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
  • Imbas 5  minit setiap 2 minggu.
  • Imbas 5 – 10 minit dimusim        peperiksaan.

Gunakan teknik-teknik ingatan.  Untuk memudahkan lagi proses mengingati   fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik   menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi.  Pastikan anda   kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan   akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

Elakkan dari   tidur petang.  Ini lagi satu penyakit.  Tidur selepas waktu Asar akan   melembabkan otak anda.  Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat   tidak digalakkan.  Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.  Kalau   anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah   s.a.w.  Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya   nanti.

Ajarkannya   kepada orang lain.   Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda   ketahui kepada orang lain.  Libatkan diri secara aktif dalam   perbincangan kumpulan.   Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat   menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.  Raikan setiap soalan   dan hujah daripada rakan.  Galakkan mereka bertanya kepada anda.    Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

SALAM LEMBARAN PSS BERSAMA POS MALAYSIA

Sempena Bulan Ramadhan dan sambutan Hari  Raya Aidilfitri, PSS telah mengadakan aktiviti kolaborasi bersama POS MALAYSIA.

  • aktiviti : 1. Wajah Anda menjadi setem
  •                 2. Perkhidmatan kaunter pembayaran bil
  • Tarikh   : 31 Julai 2012 (Selasa)
  • Tempat ; Dewan sekolah.
  • Masa    : 9.00 – 12.30 tgh

Guru-guru dan pelajar yang berminat untuk membuat setem berwajah sendiri, sila ambil tindakan berikut;-

  1. Isi borang yang disediakan ( boleh download  atau dapatkan di kaunter PSS)
  2. Pilih gambar berbentuk potrait (saiz gambar biasa).
  3. Save gambar dalam pendrive. (pastikan pendrive dikosongkan terlebih dahulu)
  4. Fail gambar yang di save mestilah mengikut pilihan ‘template’ setem anda.    Contoh : heart.jpg   ,   teddy bear.jpg    flower.jpg (supaya tidak berlaku kesilapan pemilihan corak)
  5. Masukkan borang + pendrive + duit ke dalam sampul surat yang ditulis NAMA DAN TINGKATAN.
  6. Pengawas PSS akan buat kutipan untuk proses cetakan setem. dan menyerahkannya kembali setelah siap.
  7. Sila pastikan duit yang diberi mencukupi dan tiada lebihan (just nice jer jumlah tu atau cukup-cukup)