MUHASABAH DIRI BERSAMA USTAZ ZAHAZAN

SMK Convent dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Daerah Kota Setar telah melaksanakan program peningkatan Profesionalisme bersama Ustaz Zahazan dari Telaga Biru, seorang penceramah yang tidak asing lagi.

Tarikh   : 23 Jun 2012

Masa     : 8.30 pagi -11.00 pagi

Tempat : Dewan Elit SMK Convent

Perkongsian ilmu yang cukup manfaat walaupun seketika menyedarkan kita bahawa

  • seorang yang bergelar guru tidak sewajarnya mengeluh akan bebanan tugas diberi. sesungguhnya Allah mengangkat darjat dan martabat seorang yang bergelar guru  dan menyampaikan ilmu.
  • merupakan profesion yang paling mulia. Sememangnya ganjaran dunia tidaklah seberapa tetapi Allah membalasnya dengan kedudukan tertinggi di akhirat.
  • Ikan di laut dan binatang di darat sentiasa mendoakan orang yang menyampaikan ilmu.
  • Seorang guru mesti menyayangi anak didiknya kerana anak didik yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan gurunya. Didiklah mereka dengan rasa sayang kerana murid yang tidak pandai, mempunyai masalah disiplin dan sentiasa ponteng ke kelas sebenarnya datang dari keluarga yang miskin, berpecah belah dan hidup serba kekurangan berbanding anak-anak kita di rumah yang ditatang umpama minyak yang penuh.
  • Nabi tidak suka perkara yang mungkar didedahkan kepada khalayak. Oleh itu, simpanlah rahsia anak-anak murid kita sebaiknya terutama yang mengaibkan. Berdoalah semoga suatu hari kelak murid berkenaan akan berubah dan tidak mustahil dia akan menjadi lebih cemerlang.
  • Kata-kata seorang guru umpama doa. Berbicaralah dengan kata-kata peneguhan positif dan bersabarlah supaya tidak keluar kata-kata yang tidak  baik  dan mengguris hati mereka.
  • Berfikirlah menggunakan akal yang rasional untuk menangani cabaran hebat anak-anak hari ini. Anak-anak generasi Y hari ini merupakan generasi yang bersifat sangat bergantung (dependent), telah dilatih untuk menikmati kesenangan, tidak tahan lasak dan segalanya telah disediakan oleh ibu bapa. Oleh itu seorang guru perlu bertindak mengikut kesesuaian dan pendekatan ‘guru penyayang’ adalah yang terbaik kerana mereka akan memberontak sekiranya menggunakan kekerasan.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s