YANG MANA SATU ANDA …

BUAT RENUNGAN

ORANG PANDAI, ORANG BIJAK DAN ORANG BODOH.

                Orang pandai tidak rela masa terbuang begitu sahaja. Dia sangat prihatin terhadap peredaran masa. Bukan prihatin sahaja tetapi dia juga bijak membahagikan masa. Orang pandai tidak akan membuang masa hanya untuk bersantai atau berehat-rehat. Jika mereka tidak bijak menguruskan masa, mereka akan terjerumus ke lembah penderitaan kerana kelalaian sendiri. Dia juga akan memikirkan adakah dirinya termasuk dalam kategori orang bodoh. Jelas sekali, dia tidak mahu disebut orang pandai yang bodoh.

Orang pandai akan membahagikan kepintarannya kepada orang lain sesuai dengan kemampuannya, pandai membahagi waktu, pandai menjaga kesihatan tubuh dan pandai membahagikan jiwanya. Hal ini kerana dalam kumpulan orang pandai sebenarnya ramai yang bodoh kerana tidak mampu membahagikan masa, menjaga kesihatan dan jiwa.

Selain itu, orang pandai juga berwaspada terhadap apa-apa kemungkinan yang negatif. Pada peringkat ini, orang pandai akan meningkat ke tahap orang bijak. Orang bijak ialah kategori manusia yang paling berbahagia sehingga disebut sebagai manusia bijak bestari.

Dipetik daripada Fokus Julai 2005.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s