TEKNIK MEMBACA DAN BELAJAR SQ3R

Teknik  ini sangat berguna semasa mengulangkaji dan juga semasa membaca buku. SQ3R adalah singkatan bagi

S – Survey (Kaji) – Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q – Question (Soal) – Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R – Read (Baca) – Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

R – Recite (Lafazkan semula) – Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

R – Review (Ulang) – Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.

Anda mungkin faham jika saya kata ini adalah teknik belajar. Tetapi, apa kena mengena teknik ini dengan pengurusan masa?

Anda tentu pernah dengar kisah pelajar yang belajar 4 hingga 8 jam sehari tetapi masih gagal mendapat keputusan yang beliau kehendaki di dalam peperiksaan. Ia seolah-olah 4 hingga 8 jam itu langsung tidak bermakna. Ini juga mungkin boleh jadi kisah anda sendiri jika anda tidak pelajari teknik ini.

Teknik SQ3R ini melatih anda untuk menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas anda sebagai pelajar. Dengan mengamalkan teknik ini, anda akan dapat baca buku dengan masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat. Mahukah anda miliki kebolehan seperti pelajar cemerlang ini?  Ramai yang telah berjaya .. anda bagaimana ?

DIMUAT TURUN DARI http://www.osmanaffan.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s