KAMU ADALAH APA YANG KAMU BACA.

  1. Bahan bacaan bagaikan makanan kepada akal. Jika mengambil makanan yang berzat dan seimbang, badan kita akan sihat. Begitulah jika bahan bacaan kita baik, maka kita akan meningkat dan sihatlah fikiran.
  2. Bahan bacaan yang tidak bermanfaat umpama ’junk food’ yang boleh memudaratkan pemikiran. Fikiran yang lemah akan menjadi racun kepada pembangunan rohani dan material. Oleh itu jatuh bangunnya sesebuagh masyarakat dan negara juga bergantung kepada apa yang dibaca oleh rakyatnya
  3. Apa yang kita baca akan membentuk diri kita secara langsung. Bijak pandai sering mengungkapkan bahawa ”Siapa diri kamu pada masa akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca pada hari ini” .
  4. Bangsa berjaya adalah bangsa yang membaca kerana dengan membaca kita telah komited untuk belajar – satu tugas sepanjang hayat – dari buaian sehingga ke liang lahad.
  5. “When you stop learning you stop leading.” Setiap orang adalah pemimpin , sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri sendiri. Apabila seseorang mula membaca ia sebenarnya bukan setakat membaca, malah sedang memimpin. Pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar.
  6. Rakyat Malaysia malas membaca . Budaya hedonisme-filem, lagu, rancangan telivisyen telah banyak meragut masa dan tenaga khususnya pelajar Melayu. Budaya ilmu dan budaya sukakan hiburan bersifat sonsang. Apabila budaya sukakan hiburan naik budaya ilmu akan turun.
  7. Rakyat Malaysia malas membaca kerana kebanyakannya tidak mempunyai misi dan visi hidup yang jelas. Masa yang terluang diisi dengan perkara hiburan. Bagi umat Islam, budaya malas membaca berpunca daripada iman yang rapuh kerana jika misi dan visi dipandu oleh ketaatan kepada Allah maka jangka masa hidup dan tugas-tugas harian kita akan diisi ke arah kebaikan. Hassan Al-Banna pernah menyatakan bahawa masa itu adalah kehidupan.
  8. Mukmin sebenar akan sentiasa membaca kerana beliau akan merasakan dirinya sentiasa tidak cukup ilmu.
  9. Imam Syafi`i pernah menyata jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu. Jika kamu inginkan akhirat juga dengan ilmu. Dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu. Untuk mendapat  ilmu, membaca itu wajib.

Solusi isu 18, Mei 2010.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s