SIBUK ATAU BUAT-BUAT SIBUK

Merancang Hidup Seharian

1. Duduk, Tulis dan Atur (DTA).

Buatlah DTA setiap kali anda hendak merancang melakukan kerja dan tugasan. Jangan biarkan diri anda ’mati kelemasan’ dengan tugasan-tugasan yang kelihatan berserabut. Rungkaikan keserabutan minda anda dengan melakukan DTA.

2. Tentukan prioriti setiap tugasan yang sudah disenaraikan.

Rumusan penting diutamakan. Ambil kira faktor tanggungjawab, jangka masa dan matlamat hidup anda dalam menentukan prioriti. Ia banyak bergantung kepada kepentingan tugasan itu, jawatan, amanah, peranan, tanggungjawab, masa dan perancangan anda.

3. Duduk, Fikir dan Perincikan (DFP).

Sebelum memulakan langkah anda, fikirkanlah langkah-langkah dan proses untuk menjayakan tugasan anda. Dengan melakukan DFP, anda boleh mengenal pasti apakah sebenarnya perkara yang anda perlu buat. DFP menambahkan minat anda untuk terus bekerja dan bekerja.

4. Kemas kini senarai itu sentiasa.

Ini kerana prioriti sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa. Dapatkan semua maklumat yang perlu berkaitan dengan tugasan anda dari semasa ke semasa. Sentiasa bermaklumat!

5. Cipta kepelbagaian dalam kerja seharian.

Untuk mengelakkan kelewatan dan keadaan kebosanan, anda perlukan langkah ini. Jangan terbelenggu dengan kaedah yang sama dalam bekerja. Contohnya, untuk menyiapkan sebuah lampiran untuk satu mesyuarat, anda boleh menggunakan kaedah jadual atau graf, atau gambar atau multimedia dan banyak lagi.

6. Berikan masa ’rezab’.

Ini untuk mengelakkan kelewatan dan keadaan tergesa-gesa. Tetapi jangan sampai anda melengah-lengahkan kerja kerana hendak mengisi masa rezab ini. Jika masa rezab kelihatan terluang, anda boleh gunakan untuk menjawab SMS, membuat panggilan, berfikir idea-idea baru, dan banyak lagi.

7. Sentiasa bersedia untuk membuat sesuatu.

Walau di mana anda berada, anda mestilah sentiasa bersedia dan mampu untuk membuat sesuatu yang sepatutnya. Contohnya, dengan membawa telefon bimbit dan alat bebas tangan, anda boleh membuat panggilan-panggilan penting semasa kesesakan lalulintas. Anda juga boleh menyiapkan laporan mesyuarat di atas LRT jika anda membawa komputer riba yang sudah dicas.

8. Jangan hanya bekerja di tempat ’kesayangan’.

Tidak semestinya di pejabat sahaja. Anda perlu belajar untuk menjadi adaptif. Jika anda hanya selesa untuk bekerja di satu tempat sahaja, anda akan cenderung untuk mengelak daripada bekerja di tempat lain.

9. Sentiasa di atas landasan.

Jangan tergelincir, kerana buruk akibatnya. Anda boleh menulis matlamat anda di atas sebuah kad dengan besar dan jelas, dan letakkan pada tempat yang mudah untuk dilihat. Manusia ini pelupa dan perlu diperingatkan sentiasa. Jika perlu, bawalah ’kad matlamat’ anda ke mana-mana anda pergi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s