KELESUAN BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN GURU

Dipetik daripada buku Wawasan dan Agenda Pendidikan karya Abd. Rahim Abd. Rashid ( 2000)

 √         Pengetahuan guru perlu dipertingkatkan supaya guru dapat memainkan peranan yang benar-benar berkesan. Guru sentiasa menyarankan pelajar supaya membaca tetapi pengetahuan guru sendiri terlalu cetek dan sukar untuk menilai tahap profesionalisme guru itu sendiri !

√         Sekolah dan guru sentiasa terbuka kepada penilaian masyarakat selaras dengan status perguruan sebagai profesion yang bersifat akauntabiliti kepada masyarakat awam.

√         Guru perlu meningkatkan karisma masing-masing melalui pengatahuan dan keilmuannya yang berkembang pesat, di samping mengangkat martabat dirinya sebagai golongan intelek yang dihormati dalam masyarakat.

√         Jabatan Pendidikan Negeri Perak pernah mengeluarkan arahan memaksa guru membaca 4 buah buku  dalam tempoh sebulan. Arahan ini telah mendapat reaksi yang pelbagai khususnya daripada NUTP dengan alasan membebankan guru.

√         Golongan guru di Malaysia akan ketinggalan dan mundur jika sekiranya amalan membaca sebagai sebahagian budaya ilmu tidak diberi  keutamaan.

√         Menerusi pembacaan , seorang guru dapat membina kreadibiliti keintelektualannya yang merangsang kepada perkembangan dan perubahan diri yang positif di samping mampu merealisasikan wawasan profesionalisme perguruan yang bergerak ke era baru.

√         Kepercayaan masyarakat yang merosot terhadap guru juga dipercayai berpunca daripada kurangnya tahap keintelektualan guru .

√         Guru perlu mempunyai pengetahuan yang bersifat terkini dalam bidang pendidikan khususnya kaedah mengajar, perancangan penggunaan sumber dan aktiviti murid, meningkatkan kemahiran dan cara belajar, penggunaan teknologi maklumat, pengetahuan kaunseling untuk menangani masalah murid, pengetahuan penilaian pembelajaran dan banyak lagi.

√         Peranan guru sebagai pencelik budaya literasi ilmu memerlukan guru mempunyai pengetahuan luas dan terkehadapan (advanced knowledge) berbanding profesion lain.

√         Budaya membaca perlu menjadi sebahagian daripada falsafah hidup kerana guru berperanan penting dalam membentuk bangsa.

√         Profesionalisme keguruan menjadi tonggak bagi merealisasikan wawasan negara. Mampukah kita jika kita tidak membaca ?

√         Malaysia merupakan  negara membangun yang mencatatkan rekod minat membaca yang rendah

√         Melalui pembacaan yang luas dan berterusan seseorang dapat membina kekuatan dan kecerdasan minda sebagai aset yang berharga untuk mencapai kesejahteraan hidup.

√         Kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maju khususnya di Barat ialah kerana dorongan yang tinggi untuk membangunkan minda dan pemikiran melalui pembacaan.

√         Membaca perlu diberi keutamaan oleh kaum guru bagi merealisasikan konsep belajar sepanjang hayat.

√         Refleksi : Kita sanggup membeli telefon bimbit, baju yang cantik dan mahal, aksesori diri, melancong serta memenuhi pelbagai kehendak tetapi kita akan terpegun seketika jika mengetahui harga buku yang melebihi RM 300.00…. fikirkanlah….

Advertisements

2 thoughts on “KELESUAN BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN GURU

  1. Saya setuju..guru kena membaca wp 5 minit sehari, bukan sekadar buku rujukan, bahan internet namun buku2 yang berada di pasaran terutamanya perkembangan ilmiah. Ianya dapat membina kekuatan jatidiri bagi menghadapi dunia tanpa sempadan di masa kini dan paling berharga ialah memanjangkan budaya memartabatkan profesion perguruan di kalangan masyarakat dan membentuk suatu ketemadunnan “cintakan ilmu sepanjang hayat”..InsyaAllah semua akan “respek guru”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s