PENGURUSAN KOLEKSI BERPUSAT

PENGURUSAN KOLEKSI BERPUSAT

PENGENALAN

Kebangkitan era teknologi telah memberikan impak yang besar terhadap dunia pendidikan. Perkembangan yang meluas ini dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan bahan teknologi pendidikan dikatakan berupaya meningkatkan kefahaman mengenai konsep penggunaan bahan bantu belajar (BBB) dalam pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak langsung berupaya mempertingkatkan strategi metakognitif dalam pengajaran dan seterusnya meningkatkan proses kognitif pelajar. Untuk memastikan penggunaan bahan teknologi ini dapat digunakan dengan baik, sudah pasti satu pengurusan koleksi secara berpusat perlu dilaksanakan dengan berkesan di peringkat sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak pendidikan guru sebagai fasilatator dan bukan sage on stage yang sering dilaungkan dalam era teknologi pada masa kini.

DEFINISI PENGURUSAN

Keberkesanan Pusat Sumber Sekolah memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematik. Untuk memberi perkhidmatan yang berfaedah, cekap dan bermutu, usaha ini melibatkan pengurusan kerja yang terancang. Dari segi istilah, pengurusan dikaitkan dengan sumber manusia yang telah dikenali sebelum ini sebagai pentadbiran personel. Petukaran istilah daripada pentadbiran personel kepada pengurusan sumber manusia menggambarkan  betapa pentingnya sumber manusia terhadap kejayaan sesebuah organisasi.  Menurut kamus dewan, definisi pengurusan ialah menguruskan sesuatu atau menyelenggarakan sesuatu secara baik dan teratur. Pengurusan merupakan perancangan menyeluruh yang melibatkan  peningkatan kualiti. Pengurusan yang baik dapat memastikan segala sumber yang ada dalam sesebuah organisasi diuruskan secara efektif dan efisyen.

Menurut Steauart (1981); Evans (1983); American Library Association (1993), pengurusan melibatkan proses kerja-kerja pemilihan dan memperohi bahan, memproses dan memastikan bahan  disimpan dengan sempurna serta senang diperolehi apabila diperlukan.


DEFINISI KOLEKSI

Koleksi ialah sesuatu yang dikumpulkan. Pengumpulan koleksi merupakan unsur asas kepada sesebuah Pusat Sumber Sekolah. Dengan adanya koleksi yang meluas dan meliputi pelbagai jenis alat dan bahan, ia akan memberi kesan yang positif terhadap penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Koleksi Pusat Sumber Sekolah harus memenuhi kehendak kurikulum terkini dangayapenggunaan daripada pelbagai peringkat umur dan kelainan serta tersendiri. Koleksi bahan PSS merangkumi bahan buku dan bahan bukan buku.

 

DEFINISI BERPUSAT

Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Pusat Sumber Sekolah juga merupakan hasil kerjasama oleh semua pihak yang terlibat, termasuk pihak pengurusan, Guru Perpustakaan dan Media ( Penyelaras Pusat Sumber Sekolah), guru-guru kanan mata pelajaran dan ketua-ketua panitia. Mereka sewajarnya berkerjasama merancang, menyumpul, menyusun, menambah, menghasil dan menyebarkan koleksi-koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk memastikan semua koleksi yang ada di sekolah dapat digunakan oleh semua pihak, semestinya satu pengurusan berpusat perlu diadakan.    Menurut kamus dewan, berpusat ialah semuanya ditujukan atau dikumpulkan.  Berdasarkan definisi ini, berpusat adalah  bermaksud dengan kata lainnya ialah  diletakkan di bawah satu kawalan yang berpusat dan diuruskan dengan sistematik supaya perjalanan organisasi  dapat memberi  faedah kepada  pengguna.

Menurut Abdul Rahim dan Ismail (1990), koleksi bahan perlu diintegrasikan, supaya penggunaannya adalah lebih meluas serta pengurusan yang dijalankan adalah lebih sistematik. Ini turut diperkatakan oleh Kasim (1989), menganggap pusat sumber sebagai institusi yang berperanan untuk mengumpulkan dan menyebarkan berbagai maklumat.

  

PROSES PENGURUSAN PEROLEHAN BAHAN P&P  (PENGURUSAN KOLEKSI) BERPUSAT DI PSS

Penggunaan bahan bantu belajar (BBB) adalah asas kepada bidang teknologi pendidikan. Pengurusan koleksi berpusat di Pusat Sumber Sekolah memerlukan tatacara pengurusan yang sistematik bermula dari pesanan pembelian sehinggalah proses rekod perolehan dan seterusnya ke rak pinjaman.

 

BIL PROSES KERJA TINDAKAN
1 Membuat pesanan bahan P & P berdasar keperluan sekolah. Semua prosedur pembelian hendaklah dipatuhi. Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media/  Pembantu Tadbir
2. Pastikan bahan/alatan yang diterima menepati spesifikasi pesanan. Semak kesempurnaan bahan/alatan.Kembalikan bahan yang tidak menepati spesifikasi dan tidak sempurna. Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
3 Cop tarikh terima pada invois atau bil Pembantu Tadbir
4 Merekod dalam daftar bil Pembantu Tadbir
5 Mengklasfikasikan bahan/alatan iaitu mengasingkan mengikut jenis bahan Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
6 Panitia hendaklah mengisi slip kerja dan menyerahkan kepada Guru Perpustakaan dan Media bersama-sama dengan :a)      Bahan /alatan dan salinan pesanan/invois Atau b)      Salinan pesanan /invois sahaja. (Guru Perpustakaan dan Media hendaklah memberi kursus/ perkembangan staf kepada panitia cara-cara mengisi slip kerja dan proses teknik) Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
7 Guru Perpustakaan dan Media dan pembantu tadbir merekodkan bahan tersebut ke dalam rekod perolehan PSS dan memberikan nombor perolehan. Dalam rekod perolehan hendaklah dicatatkan pada salinan pesanan / invois. Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
8 Guru Perpustakaan dan Media bertanggungjawab untuk mempastikan bahan/alatan tersebut dikatalog atau dimasukkan data ke dalam sistem automasi. Guru Perpustakaan dan Media  dan AJK kerja PSS
9 Guru Perpustakaan dan Media menyerahkan semula bahan / alatan tadi atau salinan pesanan / invois kepada panitia masing-masing Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
10 Panitia hendaklah merekodkan bahan /alatan tadi dalam buku stok bersama dengan nombor perolehan yang telah diberi. Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
11 Menjalankan proses teknik / alatan tadi. Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
12 Mempamerkan senarai stok di bilik atau lokasi yang berkaitan Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
13 Merekodkan penggunaan bahan / alatan tadi. Panitia hendaklah menyediakan rekod penggunaan untuk bahan / alatan tadi. Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
14 Membuat penyemakan stok sekali setahun Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
15 Menghantar laporan semakan stok kepada Guru Perpustakaan dan Media untuk dikemaskini dalam rekod perolehan. Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia/ Guru Perpustakaan dan Media /  Pembantu Tadbir
16 Menghantar rekod perolehan untuk semakan dan pengesahan Pengetua/ Guru Besar bersama laporan semakan stok keseluruhan. Guru Perpustakaan dan Media, Pen. Kanan

SENARAI BAHAN- BAHAN BANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

1.      Bahan Buku

Buku Fiksyen a)  Melayu

b)  Inggeris

c)  Tamil

d)  Cina

e)  Arab

f)   Lain-lain*

Buku Bukan Fiksyen Mengikut SPPD / DDC
Buku Rujukan a)   UPSR

b)   PMR

c)   SPM

d)   Mengikut SPPD / DDC*

 

2.      Bahan Bukan Buku

  Perkakasan Tayang a)    Projektor Overhead        b)      Projektor Slaid

c)      Projektor Legap            d)      LCD*

Perkakasan Dengar a)      Radio  Kaset                 b)      Pemain CD

c)      Pemain VCD/DVD*

Perkakasan Tayang Dengar a)      Telivisyen           b)      Komputer
Perisian Dengar a)      Kaset                  b)      CD*
Perisian Pandang a)      Lutsinar OHP      b)      Slaid*
Perisian Pandang Dengar a)      Kaset Video        b)      VCD/DVD

c)      CDRI                   d)      VCR*

Carta Semua jenis carta*
Bahan-bahan  tiga Dimensi ( 3D) a)      Glob                    b)      Model

c)      Boneka                d)      Mock-up

e)      Diorama              f)       Relia*

*  Mana-mana bahan yang ada kaitan dengan P * P

PENUTUP

 

Perubahan dalam pendekatan pengajaran akan berlaku di sekolah akibat pembaharuan-pembaharuan teknologi. Pusat Sumber Sekolah bertanggungjawab bagi memastikan teknologi pendidikan ini berkembang penggunaannya selaras dengan tuntutan masyarakat ke arah pendidikan berteknologi.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s