KAMU ADALAH APA YANG KAMU BACA

  1. Bahan bacaan bagaikan  makanan kepada akal. Jika mengambil makanan yang berzat dan seimbang,  badan kita akan sihat. Begitulah jika bahan bacaan kita baik, maka kita  akan meningkat dan sihatlah fikiran.
  2. Bahan      bacaan yang tidak bermanfaat umpama ’junk food’ yang boleh memudaratkan  pemikiran. Fikiran yang lemah akan menjadi racun kepada pembangunan rohani   dan material. Oleh itu jatuh bangunnya sesebuagh masyarakat dan negara juga bergantung kepada apa yang dibaca oleh rakyatnya.
  3. Apa yang kita baca akan membentuk diri kita secara langsung. Bijak pandai sering    mengungkapkan bahawa ”Siapa diri kamu pada masa akan datang dicorakkan   oleh buku apa yang kamu baca pada hari ini” .
  4.  Bangsa  berjaya adalah bangsa yang membaca kerana dengan membaca kita telah    komited untuk belajar – satu tugas sepanjang hayat – dari buaian sehingga ke liang lahad.
  5.  “When you stop learning you   stop leading.” Setiap orang adalah pemimpin , sekurang-kurangnya pemimpin  kepada diri sendiri. Apabila seseorang mula membaca ia sebenarnya bukan  setakat membaca, malah sedang memimpin. Pemimpin adalah orang yang  sentiasa belajar.
  6.  RakyatMalaysia malas membaca . Budaya hedonisme-filem, lagu, rancangan telivisyen telah  banyak meragut masa dan tenaga khususnya pelajar Melayu. Budaya ilmu dan  budaya sukakan hiburan bersifat sonsang. Apabila budaya sukakan hiburan naik budaya ilmu akan turun.
  7.  RakyatMalaysia   malas membaca kerana kebanyakannya tidak mempunyai misi dan visi hidup      yang jelas. Masa yang terluang diisi dengan perkara hiburan. Bagi umat      Islam, budaya malas membaca berpunca daripada iman yang rapuh kerana jika  misi dan visi dipandu oleh ketaatan kepada Allah maka jangka masa hidup   dan tugas-tugas harian kita akan diisi ke arah kebaikan. Hassan Al-Banna  pernah menyatakan bahawa masa itu adalah kehidupan.
  8.  Mukmin sebenar akan sentiasa membaca kerana beliau akan merasakan dirinya sentiasa tidak cukup   ilmu.
  9.  Imam Syafi`i pernah menyata   jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu. Jika kamu inginkan akhirat  juga dengan ilmu. Dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu.  Untuk mendapat  ilmu, membaca itu      wajib.

diubahsuai daripada   Solusi isu      18, Mei 2010.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s