SELOKA PSS SMK CONVENT

SELOKA PUSAT SUMBER KITA

Tinggi melangut di puncak kayangan
Walaupun tinggi jadi pujaan
Kena beroperasi sepanjang persekolahan
Takut ramai rindu bayangan

Terkenal sudah seantero Malaysia
Menang PSS Kebangsaan tempat pertama
Ramai melawat tak yahlah cerita
Sampai hadkan lawatan hari AHAD sahaja

Pengawas PSS kena mesra pengguna
Cuti sekolah pun kena bekerja
Demi PSS berkorban apa sahaja
PSS Cemerlang baru boleh tidur lena

Seawal subuh sudah diterpa
Ada meminjam ada membaca
Rupanya sebalik udang ada rahsia
Malas beratur punya cerita

Waktu panas jadi tumpuan
Cikgu tak mai lagilah sakan
Berebut tempat nak cari kawan
Konon berbincang dalam kumpulan.

Waktu pp paling haru
Ramai yang masuk keluar tak mahu
Kena periksa satu persatu
Mana betul mana tak bercikgu

Banyak aktiviti setiap minggu
Pertandingan Infohunt paling ditunggu
Jadi AJK aktiviti ramai yang mahu
Sebab dapat sijil seorang satu

Paling sibuk bila kumpul NILAM
Bersusun buku sampai muka tenggelam
Buat sinopsis mata dah jadi kelam
Dapat sijil barulah tenteram

Tunas NILAM projek Mega
Nak pulun menang kebangsaan pula
Ada calon tapi kenalah usaha
Asyik dok menang peringkat negeri sahaja
Reading Room kelas ceria
Sahabat PSS rajin bekerja
Bahan bacaan diedar serata
Hari Khamis senyap sepi suasana

Ada kuiz sepanjang masa
Untuk menguji kefahaman membaca
Tapi pemenang asyik orang yang sama
Pelajar lain tak mau mencuba ka ?

’Reading Olimpus’ paling ’happening’
Ada ’librarian’ jadi naik pening
Mencari jawapan sampai kepala pusing
Sat-sat nak masuk sat-sat berpaling.

Banyak kolaborasi dengan jabatan kerajaan
Paling seronok dapat tajaan
Syarikat Grolier pun jadi sasaran
Scholarstic Book Club dah ramai pelanggan

Maklumat ada di mana-mana
Kata semangat ditampal merata
Supaya warganya menjadi bijaksana
Otak berilmu rajin membaca

Walaupun tinggi tapi istimewa
Berkat perubahan kerja buat semua
Pakat-pakat dok usaha
Kekal cemerlang PSS kita

Terima kasih pelanggan semua
Beri sokongan berjuta-juta
Insyaalah kita pakat usaha
PSS berkualiti 2015 pula.

Nukilan,

Mak Long
Puncak Kayangan 30 Sptember 2010

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s