MUHASABAH DIRI

KEJAYAAN ANAK MURID BERMULA DARIPADA  SEORANG GURU.

HANYA ORANG SIBUK ADA MASA…kata-kata ini saya petik daripada tulisan  Fadzli Yusof dalam buku yang cukup menarik untuk dikongsi SIBUK DAN PENYIBUK. Seringkali masa dijadikan alasan mengapa sesuatu perkara tidak dapat kita lakukan. Terutama sekali aktiviti membaca. Namun sesibuk mana sekalipun manusia, kita hanya dikurniakan 24 jam sahaja sehari. Tidak kurang dan tidak lebih… Kita sering mengadu tidak ada masa untuk membuat itu dan ini.. Kita sering berkata cuti sekolah nanti nak buat itu dan ini, nak baca majalah atau buku itu dan ini…Cuti telah seminggu berlalu tetapi apa yang dirancang belum terlaksana dengan alasan sibuk merumbu…Namun yang menghairankan kita ada juga sahabat yang nampak sentiasa sibuk tetapi masih ada masa untuk membaca. Malah koleksi bacaannya makin banyak setiap hari. Anak-anaknya juga sederet seperti kita malah sempat pula diusungnya semua setiap sabtu ke perpustakaan awam. Sekurang-kurangnya dua  mukasurat al-quran dibacanya sesudah sembahyang. Surah yassin sentiasa dilafaz, zikir harian sentiasa dibibir…ilmunya sentiasa meningkat malah sempat pula menghadiri kelas agama sesudah menghantar anak ke kelas tuisyen…kita ? masih lagi dengan alasan tidak cukup masa..benarlah bahawa DEMI MASA ! SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN.  Maka marilah kita sama-sama mencipta masa. Jangan biarkan masa kita dicuri orang kerana masa adalah kehidupan.  Pencuri masa lebih ramai daripada pencuri biasa. Buktinya ramai rakan-rakan yang mengajak kita bersembang kosong berbanding mengajak kita membaca buku ilmiah. Ramai yang suka membelek perhiasan cantik dan kain baju rakan yang indah berbanding membelek helaian tafsir dan keindahan ayat-ayat al-quran. Kita sayang untuk berbelanja RM 100 membeli bahan bacaan tetapi jumlah itu dirasakan sedikit malah tidak mencukupi untuk makan di restoran mewah. Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita.. kesibukan kita hari ini  bukanlah penghalang untuk kita menambahkan ilmu …kita mengajar orang menuntut ilmu setiap hari tetapi kita sendiri semakin jauh dengan budaya ilmu…BAGAIMANA ?   Renung-renungkanlah

Advertisements

One thought on “MUHASABAH DIRI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s