GPM Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Guru atau pendidik merupakan kumpulan manusia yang mulia di sisi Allah SWT kerana mereka bertanggungjawab menyampaikan ilmu dan dianggap agen perubahan kepada masyarakat. Panggilan cikgu, ustaz, ustazah, ‘teacher’, ‘lauser’ merupakan panggilan yang sentiasa kita gunakan kepada insan ini apatah lagi ketika bangun lalu memberi ucap selamat. Panggilan ini sangat bermakna kerana pada hakikatnya kita terpaksa mengakui bahawa tanpa insan yang bernama guru mendidik dan mengajar kita, belum tentu lagi kita akan dapat kecapi apa yang kita peroleh sekarang.

Justeru, peranan guru dalam membangunkan tamadun manusia dan peradaban bangsa tidak wajar untuk kita nafikan.  Biarpun seorang guru merupakan  sekadar “pekerja yang makan gaji” namun tugasanyang dilaksanakan biasanya melebihi ganjaran yang diberikan. Malah telah menjadi kebiasaan seorang pelajar berjaya, berjawatan tinggi berkereta besar yang dididik oleh seorang guru memperoleh gaji jauh besar dari gurunya itu. Dan.. guru tersebut masih lagi di tempat yang sama, dimakan usia tetapi masih terus menabur jasa.

Dalam hal ini, Guru perlu sentiasa bersedia menangani perubahan. Generasi yang dididik hari ini merupakan generasi yang jauh lebih berbeza, generasi Y yang berada pada zaman ledakan maklumat tanpa sempadan . Dalam konteks ini, seorang guru khasnya Guru Perpustakaan Media (GPM) perlu melakukan anjakan paradigma supaya kepakaran ‘perkhidmatan’ yang diberikan mampu memenuhi keperluan pendidikan semasa.     GPM perlu bersikap positif, memainkan peranan sebagai

  • Guru dengan mengajar dan memberi pendidikan kepada pelajar.
  • Pemimpin kecil sekolah – mempunyai kepakaran dan pendidikan untuk menerajui bidang kepakaran.
  • ”Program Administrator” – merancang, mengurus, melaksana, mengawas dan menilai aktiviti PSS untuk kecemerlangan sekolah.
  • ”Information navigator” – mengumpul dan menyimpan sumber yang menyokong pembelajaran, menjadi pakar dalam memberi pendidikan kepada organisasi supaya menjadi masyarakat yang bermaklumat .
  • ”Technology facilitator”- berusaha merapatkan jurang antara guru dan pelajar dengan menggunakan pelbagai maklumat secara maya dalam aspek P&P.
  • ”Collaborative teacher and Learner”- mengadakan program kolaborasi antara GPM-murid, guru- murid, murid-murid, GPM – GPM sekolah lain serta membuat jaringan dengan pihak luar .

Sejajar dengan tranformasi pendidikan negara yang memberi penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan insan yang seimbang, mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi serta warganegara yang baik, GPM sewajarnya berfikiran positif dan mengambil peluang ini untuk bertindak sebagai pendorong kepada rakan sejawat lain dalam pelaksanaan penilaian berasaskan sekolah.  ”Powerful librarians make powerful learners” . Sejajar dengan transformasi pendidikan, pelaksanaan PBS,  dasar MBIMBM dan pelaksanaan konsep 1 Malaysia dapat dijalankan dengan jayanya sekiranya PSS digunakan secara optimum. GPM perlu bertindak sebagai ”information navigator” dan ”technology facilitator” untuk membantu para pelajar dan guru dalam aspek penerokaan maklumat dan apakah kaedah yang berkesan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan menggunakan 10 generik pembelajaran. Model the big 6 literasi maklumat  perlu diperkenalkan secara meluas supaya pelaksanaan sistem pentaksiran berasaskan sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.

Sehubungan itu bahan bacaan berkaitan pengurusan maklumat terutama penulisan luar negara perlu  menjadi rujukan terutama artikel-artikel pengurusan Pusat Sumber dan Media terbitan LIA  (Library & Information Association) IFLA (International Federation Library Association)  mahupun ERIC DIGEST . Tahap pengetahuan perlu dikembangkan  supaya bentuk dan corak pendidikan yang diberi sesuai dengan kehendak semasa. Dalam hal ini GPM perlu berfikiran kreatif dan reflektif dengan  menjadikan  budaya penyelidikan sebagai amalan. Kenal pasti masalah yang dihadapi, rancang tindakan intervensi, rancang tindakan reflektif dan hasilkan kajian tindakan bagi mengatasi masalah dan membuat penambahbaikan.

Penghasilan inovasi bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan.  GPM yang inovatif sudah pasti dapat meningkatkan keberkesanan pengggunaan PSS .  Aktiviti yang dirancang dapat menghasilkan bakal pemimpin masa depan, menggalakkan budaya berfikir dan meneroka maklumat, meningkatkan ‘self esteem” dan jati diri pelajar, generasi pelajar yang berani menghadapi cabaran dan mampu menyelesaikan masalah  serta golongan rakyat yang bersifat ” global player’.  Secara tidak langsung,  kepentingan PSS sebagai nadi dan nuklues sekolah wajar ditingkatkan kerana PSS memainkan peranan yang besar dan mampu mengubah lanskap pendidikan seperti yang diharapkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s