RAKAN PEMBACA

Panduan Program Nilam Tahap Kedua : Tahap Rakan Pembaca. (RP)

Sementara tahap pertama (tahap Jauhari) Program Nilam adalah untuk membina kemahiran dan menanam minat suka membaca, tahap kedua pula membantu perkembangan penggunaan bahan dan peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai jenis aktiviti membaca.

Ciri-ciri tahap kedua Nilam.

  • mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca
  • penekanan pada kebolehan pelajar untuk membimbing dan menarik minat      pelajar lain supaya turut suka membaca.
  • syarat penyertaan ialah seseorang pelajar telah membaca      sekurang-kurangnya 100 buah buku dalam tahap pertama.
  • aktiviti tahap Jauhari perlu diteruskan bagi pelajar      yang mengambil bahagian dalam aktiviti tahap Rakan Pembaca.

100_7539

Contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi tahap RP:

 

Sesi Aktiviti

Bil Sesi

Bil Pendengar

Markah

1. Bercerita – di mana pelajar RP itu menceritakan kandungan sesebuah buku yang   dibacanya kepada bilangan pelajar yang tertentu. Interaksi soal-jawab   berkenaan kandungan buku itu adalah tanda kejayaan sesi itu dan diberi markah   oleh guru pembimbing RP.

1 sesi

3 pendengar

3 markah

5 pendengar

5 markah

6 atau lebih   pendengar

5 markah*

2. Membaca bersama – di mana pelajar RP membimbing sekumpulan   pelajar membaca sesebuah buku. Sebaik-baiknya setiap pelajar mempunyai   senaskah buku yang berkenaan. Pelajar RP perlu ada ide isi-isi utama dalam   buku itu dan apakah pengajaran yang didapati setelah membaca buku itu.

1 sesi

3 pendengar

3 markah

5 atau lebih   pendengar

5 markah*

3. Meminjam Buku – di mana pelajar RP meminjamkan buku yang   telah dibacanya kepada rakan-rakannya dan si peminjam telah membaca buku itu   serta menulis synopsis buku itu secara sendiri.

1 buku

2 peminjam

2 markah

5 atau lebih   peminjam

5 markah*

4. Ulasan Buku – di mana pelajar RP dapat menyampaikan semula   kandungan utama sesebuah buku yang telah dibacanya dengan ayat-ayat sendiri   kepada sekumpulan pendengar. Sinopsis buku perlu diberi kepada pendengar   sebelum sesi bermula. Masa minimum untuk ulasan satu buku ialah 7 minit   (sekolah menengah). Ulasan buku semasa perhimpunan sekolah dikira sebagai   satu sesi dan diberi 5 markah.

1 sesi

3 pendengar

3 markah

5 atau lebih   pendengar

5 markah*

5. Bicara Buku – di mana pelajar RP membicarakan kandungan sesebuah buku kepada   sekumpulan pendengar. Pelajar RP itu perlu boleh membentangkan inti pati   kandungan buku itu secara menarik dan menimbulkan minat yang tinggi di   kalangan pendengarnya supaya mereka sendiri akan membaca buku itu kelak.

1 sesi

3 pendengar

3 markah

5 atau lebih   pendengar

5 markah*

6. Debat Buku – di mana pelajar RP mengetuai satu sesi debat terhadap kandungan   sesebuah buku. Prasyaratnya ialah semua pelajar yang terlibat telah membaca   buku itu. Pertukaran pendapat yang agresif tentang kandungan buku itu adalah   petanda sesi itu berjaya dan layak diberi markah.

1 sesi

3 pendengar

3 markah

5 atau lebih   pendengar

5 markah*

7. Pidato (public speaking) – di mana pelajar RP dapat menceritakan   kandungan sesebuah buku di khalayak ramai dengan gaya penyampaian dan gerak   geri anggota badan untuk mengukuhkan hujahnya dengan matlamat tulen iaitu di   akhir sesi pidatonya, pendengarnya akan berminat untuk membaca buku itu.

1 sesi

5 atau lebih   pendengar

5 markah*

 

* markah maksimum untuk satu sesi ialah 5 markah.

20130204_104430

Nota :

1. Banyak sesi boleh diadakan untuk sebuah buku.

2. Pelajar RP, pendengar dan peminjam perlu datang dari sekolah yang sama

untuk penyemakan kesahan sesi.

Cadangan Sumber Bahan Bacaan

• Pusat sumber Sekolah

• Perpustakaan Awam Negeri

• Perbadanan Perpustakaan Awam

• Perpustakaan Begerak

• Perpustakaan Desa

• Perpustakaan Keluarga

• Perpustakaan Persendirian

• Kedai-kedai Buku.

• Koleksi buku-buku atas talian seperi Google Books dan perpustakaan atas talian.

 

20130203_104037

Sistem Ganjaran RP

Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh pelajar direkodkan dalam Buku Nilam Tahap Rakan Pembaca yang boleh dibeli dari kedai koperasi. Sesi yang diadakan akan disahkan dan diberi markah oleh guru-guru pembimbing rakan pembaca. Pemberian markah adalah seperti berikut:

 

MARKAH

PENGIKTIRAFAN

100 – 199

GANGSA

200 – 299

PERAK

300 – 399

EMAS

400 KE ATAS

NILAM

 

Semakan : Semua guru adalah guru NILAM. Oleh itu semua Rakan Pembaca bebas untuk memilih mana-mana guru untuk membuat pengesahan.

Slaid Rakan Pembaca untuk rujukan

Brosur RAKAN PEMBACA

Selamat mengambil bahagian dalam Nilam tahap Rakan Pembaca.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s